Saturday, June 25, 2011

Kelas Manik Tabur Raja & Shimmering Flora Sebelum Ramadhan di Shah Alam

Salam... Selamat bertemu kembali. Alhamdulillah kerana akhirnya diberi kekuatan olehNya untuk mewarnai seketika ruangan yang kelam sekian lama... Apa khabar semua? Ampun maaf tak lupa dipohon kerana terlalu lama menyepi diri dan tidak menjawap sebarang email, pesanan di blog ini & jua sms...bukan menyombong tetapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Kini saya kembali walau untuk seketika cuma...;) dengan sedikit berita terbaru tentang kelas.

Mulai Julai 2011 saya akan mengadakan kelas Manik Tabur Raja & Shimmering Flora di Shah Alam. Kelas adalah terhad kepada 6 orang sahaja. Kepada sesiapa yang selama ini bertanya & anda diluar sana yang berminat bolehlah mendaftar segera mengikut jadual dibawah...

DAFTAR SEGERA YA!!!

Salam sayang...
RozaBeads

Kelas Manik Tabur Raja & Shimmering Flora Sebelum Ramadhan di Shah Alam

Anda boleh memilih samada ingin mengikuti kelas sehari untuk kedua-dua kelas atau kelas Manik Tabur Raja Sahaja/Kelas Shimmering Flora Sahaja (bayaran adalah berbeza untuk setiap kelas)

juntai1 crumbleturqoise1
Contoh hasil kerja yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kelas ini

studen2@1012011
Contoh hasil kerja pelajar
sample1[1]
Contoh modul Shimmering Flora

Nota penting :

~ Hasil kerja adalah bergantung kepada kecekapan & kemahiran masing-masing. Setiap pelajar adalah berbeza cara penerimaan & persembahannya.
~ Kepada pelajar yang mengambil kedua-dua kelas, modul adalah sedikit ringkas dari kebiasaan. Ianya adalah bertujuan untuk menyesuaikan dengan tempoh masa yang dijadualkan.
~ Kepada pelajar yang mengambil Kelas Manik Tabur Raja sahaja, modul adalah ringkas tetapi akan ditambah dengan beberapa teknik lain yang boleh diaplikasikan bersama


Modul : KELAS MANIK TABUR RAJA & SHIMMERING FLORA

Tarikh : Kelas Setiap Sabtu 9/16/23/30hb Julai 2011

: Kelas Setiap Ahad 3/10/17/24hb Julai 2011

Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang untuk kedua-dua kelas

: 9.00 pagi - 4.00 petang untuk pelajar yang mengambil 1 kelas sahaja

Tempat : Akan diberitahu

Pelajar : 6 orang sahaja

Bayaran : RM190 untuk untuk satu kelas sahaja

: RM300 untuk kedua-dua kelas@sehari
(pelajar perlu menghabiskan kedua-dua modul selama sehari & kelas tidak boleh diambil berasingan)

Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari & minum petang

3) Peralatan jahitan (kain berukuran A4, manik, labuci, jarum, benang, gunting) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti atau anda perlu memilih tarikh akan datang.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.com