1) Kak Lela Klang
2) Ayu Shah Alam
3) Kak Zarina Shah Alam
4) Maizatul Damansara
5) Kak Wan Shah Alam
Sebenarnya, diri ini terlalu sibuk memenuhi tuntutan masa yang kadangkala membuat ku terlelap keletihan. Keletihan yang amat sangat! Bayangkan...menjaga 6 orang anak yang masih kecil tanpa ada pembantu rumah, membantu suami memasarkan PUDING KARAMEL & KEK COKLAT KUKUS kami...aduhai...tak terhitung dengan kata-kata beban kerja yang ditanggung. Ditambah pula dengan kain yang bertimbun menanti masa untuk dibasuh, dijemur, dilipat...alahai...kesiannya badan...
Namun, syukur ku panjat pada Ilahi kerana memberi rezeki ini...& juga peminat-peminat setia dunia Sulaman Manik yang tak henti-henti bertanya bila lagi akan diadakan kelas seterusnya...Oleh itu, untuk kalian yang setia & sentiasa menanti...berikut adalah tarikh kelas seterusnya ye...Tq 4 all your support! May Allah Bless All Of You!
Next class will be held on...
Perhatian:
Mulai 15/5 saya tidak lagi mengadakan kelas sehari sebaliknya kelas akan dibahagi 2 iaitu 1 minggu kelas asas & 1 minggu kelas sf secara bergilir-gilir. Kelas akan datang adalah Kelas Asas lebih 10 jenis teknik. Harap maklum. Terima kasih.
NOTA PENTING ;
1) Mengetahui teknik asas sangat penting untuk kita lebih mahir & boleh mengaplikasikan apa saja corak sulaman yang diingini. Dengan adanya pengetahuan teknik asas, kita tidaklah bergantung pada satu atau dua corak sahaja walaupun corak tersebut merupakan pilihan terkini. Corak sulaman manik akan berubah dari masa ke semasa tetapi dengan adanya teknik asas kita tidak perlu bimbang untuk mencuba sesuatu yang lebih baru & mencabar.
2) Sesiapa saja boleh jahit SF tapi cantik, kemas & jadi tak? Kelas ini akan berkongsi teknik untuk mendapatkan kesemua faktor diatas
Tarikh : 22/05/2010 Sabtu
Tempat :
CHOSEN ONE MANAGEMENT
(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8)
24B, JALAN LIKU B 8/B,
SEKSYEN 8,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
Pelajar : 6 orang sahaja
Modul 2) : Teknik Asas sahaja (lebih dari 10 teknik)
Masa : 9.30 pagi~2.30 petang
Bayaran : RM150
Modul 3) : Teknik Shimmering Flora sahaja(cara mendapatkan sf yang lebih tersusun, kemas & cantik)
Masa : 9.30 pagi~2.30 petang
Bayaran : RM150
Bayaran termasuk :
1) Sijil
2) Makan tengahari & minum petang disediakan
3) Peralatan jahitan (kain A4 size, manik, labuci, jarum, benang) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja
4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya
Kepada yang berminat, anda boleh memilih modul 1/2/3 & yang paling penting ianya mengikut keperluan dan kelapangan masa serta bajet anda... :)
Cara-cara pendaftaran/pembayaran :
1) Sila email/sms butir peribadi anda : Nama Penuh, IC,Alamat, Email & No. Telefon kepada rozabeads@yahoo.com/sms ke : 019~340 7583
2) Yuran pendaftaran sebanyak RM100 hendaklah dimasukkan ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat melebihi 7 hari selepas pengesahan kehadiran.
3) Maklumkan kepada saya butiran pembayaran yang telah dibuat.
4) Sila maklumkan 14 hari lebih awal sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan & nama paserta akan dimasukkan untuk tarikh kursus seterusnya.
5) Baki bayaran hendaklah dijelaskan pada hari kelas tersebut.
6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:
Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.
No comments:
Post a Comment