Tuesday, January 11, 2011
Jubah Untuk Bonda
Jubah ini hadir dengan taburan penuh manik di dada, bawah baju, sedikit di kedua-dua tangan...cantik tetapi empunya diri inginkan penambahan... Beliau sendiri melakar bahagian mana yang ingin di beri penambahan...Terima kasih Hani kerana menyenangkan kerja saya...Pada mulanya Hani meminta dijahit 3 Dara tetapi saya pula merasakan tidak berapa sesuai kerana manik yang tersedia sudah cantik taburannya jadi tidak perlu corak yang berat untuk menaikkan seri...Akhirnya bunga Caterpillar ilham kak Arry ini menjadi pilihan. Namun ada sedikit kelainan warna labuci pada bahagian bawah baju. Bukan salah memilih warna tetapi labuci stok baru hadir dengan warna yang sedikit berlainan...namun hanya didalam gambar ini sahaja ianya nampak sangat berbeza namun tidak ketika memakainya...Mencuba untuk tidak menggunakan warna yang terlalu kontra...inilah hasilnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
so sweet,Rozza....you make her happy...
Tq...
Post a Comment