Saturday, March 12, 2011

Kelas Asas dan Shimmering Flora Siri 1 sebelum bercuti panjang...

Kelas27022010Moduljuntai1

Salam...

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengadakan kelas Asas dan Shimmering Flora. Bukan tidak mahu tetapi tiada permintaan memandangkan kelas Manik Tabur Raja dan Shimmering Flora sahaja yang mendapat sambutan buat ketika ini. Namun beberapa panggilan sejak kebelakangan ini membuka semula hati ini untuk mengadakan kelas tersebut.

Kepada yang telah berkali-kali bertanyakan kelas ini, anda bolehlah membuat pendaftaran ye...

Butiran kelas seperti di bawah :

Modul : Kelas Asas dan Shimmering Flora

Tarikh : 2hb. April 2011@Sabtu

Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang

Tempat : CHOSEN ONE MANAGEMENT
(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8
berhadapan pintu Klinik Pergigian Zahida)
24B, JALAN LIKU B 8/B,
SEKSYEN 8,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Pelajar : 10 orang sahaja

Bayaran : RM250


Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari & minum petang

3) Peralatan jahitan (kain berukuran 15" x 15", manik, labuci, jarum, benang, gunting) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti atau anda perlu memilih tarikh akan datang.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.com

1 comment:

Baju Kurung Ayu said...

Salam Roza,

Ini Ana Suhaili yang baru ambil kelas Crumble Raja Sabtu lepas :) Apa khabar? Sangat berbaloi kelas yang diberikan dan tak sabar-sabar nak praktikkan pada baju raya tahun hadapan (kena mula awal sbb nanti banyak kerja lain takut tak merasa lagi pakai baju hasil tangan sendiri tahun depan).

Roza, Ana berminat dgn kelas asas dan Shimmering Flora. Nanti kalau Roza lepas bersalin beritahu Ana ya kalau kelasnya ada lagi.

Sementara itu, Ana doakan segala-galanya dipermudahkan dan selamat melahirkan :)