Monday, January 9, 2012

Kelas Shimmering Flora & 3D 2012 di Shah Alam

SALAM SEMUA...! SELAMAT TAHUN BARU 2012!

Pembukaan tahun baru ini akan diserikan dengan kelas Shimmering Flora dan kelas yang dinanti-nantikan oleh beberapa bekas pelajar saya iaitu 3D! Yeeeeeaaahhh Girls!!!! 3D in the house!

Sedikit makluman buat semua...kali ini saya akan menggabungkan kelas SF & 3D bersama. Ianya untuk menjimatkan masa & memberi kemudahan buat anda yang tidak mahu datang berulang kali untuk mengikuti kedua-dua kelas. Biarpun kelas 3D ini adalah merupakan kelas asas tetapi InsyaAllah ianya sudah cukup untuk anda mengaplikasikannya sesudah kelas. Teknik 3D ini akan sentiasa bertukar dari masa ke semasa dan anda akan dapati ianya satu pengalaman baru dan sangat menarik untuk diterokai! Saya sendiri mengalaminya dan terus terang amat susah sekali untuk memisahkannya setelah mengetahui pelbagai teknik dan melihat sendiri hasilnya! Jika saya boleh anda juga boleh kan? Jadi...apa kata tambah pengalaman memanik anda dengan ber Shimmering Flora & 3D pula! Jommmmm!!!!

Oh ya! Ramai yang bertanya 'kalau saya yang takde pengalaman menjahit manik ni boleh ke belajar? boleh ke catch up?'...Jawapannya BOLEH! Jangan risau...cukup dengan minat yang sudah berputik dihati anda tu...InsyAllah saya akan cuba menjadikan anda BOLEH ye! Kita usaha & belajar sama-sama k....!

juntai1
Shimmering Flora

sample1[1]
Contoh modul Shimmering Flora

3DRoza
Contoh 3D

Nota penting :

~ Hasil kerja adalah bergantung kepada kecekapan & kemahiran masing-masing. Setiap pelajar adalah berbeza cara penerimaan & persembahannya.

Modul : KELAS SHIMMERING FLORA & 3D

Tarikh : 14/1/2011 Sabtu

Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang

Tempat : Seksyen 6, Shah Alam ( alamat penuh akan diberikan melalui sms setelah pendaftaran dibuat)

Pelajar : 6 orang sahaja

Bayaran : RM250



Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari & minum petang

3) Peralatan jahitan (kain berukuran A4, manik, labuci, jarum, benang, gunting) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti atau anda perlu memilih tarikh akan datang.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.com

No comments: