Wednesday, October 28, 2015

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Carilah ilmu sampai ke negeri China..tapi buat masa ni dalam negeri lah dulu.. :) 

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan
sedang dijalankan di Afdi Subang Perdana selama 6 bulan bermula 3/10 yang lepas. 

Modul setiap CORE adalah seperti berikut;
1. Pembuatan Seni Sulaman Tangan
1.3. Sulaman Reben

2. Pembuatan Seni Sulaman Nyonya dan Kerawang
2.1. Sulaman Nyonya – (menggunakan mesin goyang kaki secara manual)
2.2. Sulaman Kerawang – (menggunakan mesin industri)

3. Pengurusan dan Etika Kerja Seni Sulaman
Pengurusan dan Etika Kerja / Rekaan  harus dipelajari dari mana-mana institusi yang mengajar modul ini. Sila rujuk kepada pihak Admin kami di FTIMdc. Kelas-kelas anjuran kami dalam program tahun 2014. Pihak kami juga sering mengadakan seminar dan kuliah dalam modul pengurusan perniagaan dan rekaan sulaman.

Modul setiap ELEKTIF adalah seperti berikut; 
1. Pembuatan Seni Kraf Sulaman

2. Pembuatan Seni Sulaman Tradisi
2.1. Sulaman Tekat
2.2. Sulaman Keringkam

Di bawah ini adalah ciri-ciri pengetahuan ilmu kemahiran yang harus anda perolehi untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan. Kesemua Aktiviti Kerja WAJIB dilengkapkan sepenuhnya. Sekiranya anda telah mempunyai kemahiran yang disenaraikan di bawah, anda hanya perlu mengambil kursus-kursus yang perlu anda ikuti.

PEMBUATAN SENI SULAMAN TANGAN / ART OF HAND EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan sulaman  tradisional, meningkatkan dan mengekalkan tradisi sulaman. Kemahiran tradisi ini secara tidak langsung boleh di ubahsuai mengikut kegunaan terkini sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan: 1. Membuat Sulaman Manik
 2. Membuat Sulaman Benang
 3. Membuat Sulaman Reben
  
  
   
PEMBUATAN SENI KRAF SULAMAN / ART OF CRAFTED EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam  CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang kompeten dalam rekaan aksesori dan hiasan sulaman yang kreatif. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh; 1. Membuat Bunga-bunga Manik
 2. Membuat Aksesori Manik
 3. Membuat Sulaman Kraf Hiasan Dalaman
   
PEMBUATAN SENI SULAMAN NYONYA DAN KERAWANG / NYONYA AND KERAWANG EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan kehalusan sulaman bergantung kepada kerja yang berperingkat secara berterusan dan mahir menggunakan mesin manual/ industri dengan cermat dan cekap supaya dapat meningkatkan  proses pengeluaran. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh: 1.  Membuat Sulaman Nyonya dengan menggunakan mesin manual
 2.  Membuat Sulaman Kerawang dengan menggunakan mesin industri
  
  
   
PEMBUATAN SENI SULAMAN TRADISI / TRADITIONAL EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh mengaplikasikan reka corak dan motif Tekat dan Keringkam  yang halus. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh: 1. Membuat Sulaman Keringkam
 2. Membuat Sulaman Tekat
  
  
   
REKAAN SENI SULAMAN / ART OFEMBROIDERY DESIGNING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh seorang pekerja yang kompeten dalam memahami konsep melakar dan mengenal  komposisi rekaan yang dipadankan di atas fabrik. selain itu, dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan 1. Membuat kajian konsep lakaran
 2. Melaksanakan konsep lakaran
 3. Membuat kajian kesesuaian produk dan fungsi
 4. Menganalisa Perbandingan Produk
   
PENGURUSAN DAN ETIKA KERJA DALAM SENI SULAMAN / MANAGEMENT AND WORK ETHICS IN ART OF EMBROIDERY
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh berkomunikasi bersama pelanggan, boleh merancang, mengawal dan menganalisis stok inventori dan menguruskan operasi dengan cekap, berkesan, mudah dan cepat. Selain itu, boleh  mengenal bahan dengan baik dan boleh  memahami pengetahuan produk dengan berkesan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh; 1. Melaksanakan perkhidmatan perhubungan           pelanggan
 2. Melaksanakan kemahiran berkomunikasi
 3. Melaksanakan pengurusan stok dan inventori
 4. Menguruskan premis butik
 5. Melaksanakan pengiraan kos tempahan


Puan Pengetua Puan Asfarena Samion. Afdi, Subang Perdana

Penulis Buku Cikgu Sheikh Azmi salah seorang daripada tenaga pengajar kursus


SEBAHAGIAN DARI 30 ORANG PESERTA SULAMAN WARISAN TAHAP 3






No comments: