Wednesday, November 11, 2015
Wednesday, October 28, 2015
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Carilah ilmu sampai ke negeri China..tapi buat masa ni dalam negeri lah dulu.. :)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan
sedang dijalankan di Afdi Subang Perdana selama 6 bulan bermula 3/10 yang lepas.
Modul setiap CORE adalah seperti berikut;
1. Pembuatan Seni Sulaman Tangan
1.3. Sulaman Reben
2. Pembuatan Seni Sulaman Nyonya dan Kerawang
2.1. Sulaman Nyonya – (menggunakan mesin goyang kaki secara manual)
2.2. Sulaman Kerawang – (menggunakan mesin industri)
3. Pengurusan dan Etika Kerja Seni Sulaman
Pengurusan dan Etika Kerja / Rekaan harus dipelajari dari mana-mana institusi yang mengajar modul ini. Sila rujuk kepada pihak Admin kami di FTIMdc. Kelas-kelas anjuran kami dalam program tahun 2014. Pihak kami juga sering mengadakan seminar dan kuliah dalam modul pengurusan perniagaan dan rekaan sulaman.
Modul setiap ELEKTIF adalah seperti berikut;
1. Pembuatan Seni Kraf Sulaman
2. Pembuatan Seni Sulaman Tradisi
2.1. Sulaman Tekat
2.2. Sulaman Keringkam
| Di bawah ini adalah ciri-ciri pengetahuan ilmu kemahiran yang harus anda perolehi untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan. Kesemua Aktiviti Kerja WAJIB dilengkapkan sepenuhnya. Sekiranya anda telah mempunyai kemahiran yang disenaraikan di bawah, anda hanya perlu mengambil kursus-kursus yang perlu anda ikuti. |
| PEMBUATAN SENI SULAMAN TANGAN / ART OF HAND EMBROIDERY MAKING | ||
| Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan sulaman tradisional, meningkatkan dan mengekalkan tradisi sulaman. Kemahiran tradisi ini secara tidak langsung boleh di ubahsuai mengikut kegunaan terkini sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan: | 1. Membuat Sulaman Manik | |
| 2. Membuat Sulaman Benang | ||
| 3. Membuat Sulaman Reben | ||
| PEMBUATAN SENI KRAF SULAMAN / ART OF CRAFTED EMBROIDERY MAKING | ||
| Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang kompeten dalam rekaan aksesori dan hiasan sulaman yang kreatif. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh; | 1. Membuat Bunga-bunga Manik | |
| 2. Membuat Aksesori Manik | ||
| 3. Membuat Sulaman Kraf Hiasan Dalaman | ||
| PEMBUATAN SENI SULAMAN NYONYA DAN KERAWANG / NYONYA AND KERAWANG EMBROIDERY MAKING | ||
| Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan kehalusan sulaman bergantung kepada kerja yang berperingkat secara berterusan dan mahir menggunakan mesin manual/ industri dengan cermat dan cekap supaya dapat meningkatkan proses pengeluaran. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh: | 1. Membuat Sulaman Nyonya dengan menggunakan mesin manual | |
| 2. Membuat Sulaman Kerawang dengan menggunakan mesin industri | ||
| PEMBUATAN SENI SULAMAN TRADISI / TRADITIONAL EMBROIDERY MAKING | ||
| Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh mengaplikasikan reka corak dan motif Tekat dan Keringkam yang halus. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh: | 1. Membuat Sulaman Keringkam | |
| 2. Membuat Sulaman Tekat | ||
| REKAAN SENI SULAMAN / ART OFEMBROIDERY DESIGNING | ||
| Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh seorang pekerja yang kompeten dalam memahami konsep melakar dan mengenal komposisi rekaan yang dipadankan di atas fabrik. selain itu, dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan | 1. Membuat kajian konsep lakaran | |
| 2. Melaksanakan konsep lakaran | ||
| 3. Membuat kajian kesesuaian produk dan fungsi | ||
| 4. Menganalisa Perbandingan Produk | ||
| PENGURUSAN DAN ETIKA KERJA DALAM SENI SULAMAN / MANAGEMENT AND WORK ETHICS IN ART OF EMBROIDERY | ||
| Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh berkomunikasi bersama pelanggan, boleh merancang, mengawal dan menganalisis stok inventori dan menguruskan operasi dengan cekap, berkesan, mudah dan cepat. Selain itu, boleh mengenal bahan dengan baik dan boleh memahami pengetahuan produk dengan berkesan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh; | 1. Melaksanakan perkhidmatan perhubungan pelanggan | |
| 2. Melaksanakan kemahiran berkomunikasi | ||
| 3. Melaksanakan pengurusan stok dan inventori | ||
| 4. Menguruskan premis butik | ||
| 5. Melaksanakan pengiraan kos tempahan | ||
Puan Pengetua Puan Asfarena Samion. Afdi, Subang Perdana
Penulis Buku Cikgu Sheikh Azmi salah seorang daripada tenaga pengajar kursus
SEBAHAGIAN DARI 30 ORANG PESERTA SULAMAN WARISAN TAHAP 3
Tempahan Jahitan Manik Pukal
Assalmualaikum wm..
Alhamdulillah RozaBeads kini mengambil tempahan manik pukal untuk shawl. Kami mempunyai team yang terdiri daripada bekas pelajar saya dan surirumah sepenuh masa yang telah diberi tunjuk ajar dan InsyaAllah kemas jahitannya. Pengusaha shawl online boleh mendapatkan perkhidmatan kami melalui pm/whatsaap saya Rozita di 019-340 7583. Tempahan adalah mengikut design anda sendiri dan harga upah bergantung kepada design anda. Harga antara rm5-rm18 sehelai shawl. Bahan2 anda yang sediakan. Penghantaran dan pengambilan juga anda yang lakukan. Tempoh siap antara 3 hari-2 minggu. Penghantaran di saat2 akhir dan nak cepat siap x dapat kami layan ye.. ;)
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Rozita Zaibidi
ROZABEADS RESOURCES
019-3407583
Thursday, October 1, 2015
Coral Paradise Diva vs Shimmering Flora
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Kali ni saya nak bercerita sedikit tentang design CORAL PARADISE atau lebih dikenali dengan nama SHIMMERING FLORA.
Design ini lebih kepada konsep bunga labuci dan untuk menghasilkan design yang lengkap ianya perlu dihiasi dengan beberapa teknik lain seperti bunga teratai, bunga kekwa, bunga sisik ikan, labuci bersayap dan 3 serangkai. Padanan warna sangat penting dalam menghasilkan Coral Paradise yang cantik dan tampak harmoni. Penggunaan labuci jenis lutsinar (transparent) boleh memberi kesan bunga sisik ikan yg seakan hidup. Jika anda sudah pandai menjahit bunga labuci bolehlah mencuba design ini.
Sekian. Selamat mencuba :)
Monday, September 28, 2015
Datin Hani
Kelas personal dengan Datin Hani. Tq Datin kerana sudi mempelajari Shimmering Flora dengan saya. Tq for everything..
Wednesday, September 9, 2015
Kelas Shimmering Flora pada Hari Malaysia
Assalamualaikum wm dan salam sejahtera semua..
Dah ada perancangan ke mana-mana masa cuti Hari Malaysia nanti tak? Kalau masih belum ada, apa kata jom join kelas Shimmering Flora? Dapat juga menambah pengalaman dan pengetahuan tentang corak jahitan manik yang cantik dan menarik ni kan? Dah belajar bolehlah cuba jahit pada baju sendiri nanti, betul tak..? Dah cantik nanti...boleh ambil tempahan pula sampai boleh dijadikan pendapatan sampingan yang lumayan.. Siapa tahu kan? Rezeki yang Allah bagi tu kan luas dan tak disangka-sangka? Jom cuba..
Modul: Shimmering Flora
Tarikh:16/9/2015
Tempat: Afdi, Subang Perdana
Bayaran: rm200
Deposit: rm50
Sila sms/pm/WhatsApp: 019-340 7583 Rozita untuk tempahan tempat
Yuran termasuk :
2) Manik & labuci
3) Jarum & benang
4) Gunting
**Peserta hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja
**Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya
Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:
1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.
2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ATAU CIMB 12050010566201 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.
3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan.
4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti atau anda perlu memilih tarikh akan datang.
5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.
6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:
Rozita,
sms/whatsaap: 019~340 7583
atau pm fb saya Rozita Zaibidi Roza
Jumpa nanti ye!
Monday, May 11, 2015
Kelas Shimmering Flora dan Kelas 3D
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.. Maaf kerana agak lama tak update blog. Kesibukan yang melanda membataskan aktiviti blog saya. Now i'm back!
Kepada yang berminat utk mempelajari teknik Shimmering Flora dan juga 3D, saya dan cikgu Encik Aziz akan mengadakan kelas tersebut dalam waktu terdekat. Kelas shimmering flora akan dikendalikan oleh saya dan kelas 3d oleh cikgu Encik Aziz. Kelas ini adalah dibawah anjuran persatuan AECAB (Assiociation of Embroidery, Craft and Beads). Jika anda mendaftar sebagai ahli (yuran rm50 setahun) anda akan mendapat diskaun 20% dari harga biasa. Yuran untuk satu kelas rm180. Jika anda ambil 2 kelas anda hanya perlu membayar rm288 sahaja. Murah kan?! Jadi..apa tunggu lagi..jom join kami. Kami akan pastikan sebaik sahaja tamat kelas anda sudah boleh menjahit teknik ini pada busana anda dan lebih hebat lagi anda sudah boleh membuka tempahan utk Aidilfitri. Seronok tau! Jika berminat cepat2 hubungi saya untuk tempahan tempat melalui sms/whatsaap;
019-340 7583 Rozita
Kelas shimmering flora bersama saya.
Kelas 3D bersama Cikgu Encik Aziz.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















