Sunday, June 20, 2010

Cerita Kelas Crumble Vol 1

Salam...

Kelas Crumble pertamaku selamat dijalankan...Alhamdulillah & syukur tak terhingga kepada Allah SWT kerana memberi keizinan kepada 9 orang pelajarku yang memang bersungguh benar nampaknya nak belajar teknik idaman penggemar manik ini... Biarpun pada mulanya kepala pusing tatkala mengadun warna namun setelah terzahir hasilnya, tak lekang senyum dibibir, tak sedar pujian merembes jahitan sendiri...Semuanya pulang dengan kepuasan tak terungkap... Bak kata kak Dini dari Putrajaya 'memang berbaloi!'.

Zahirnya memang terbukti bahawa cetusan rasa Umi Pepari ini memang luarbiasa sekali. Andainya tuan empunya design ini sudi membuka kelas pasti hangat sekali sambutannya & pasti juga saya antara orang pertama yang akan menghadirinya! So...Umi? Bila lagi dek...?

Biarpun saya, Zai Butterfly dll beaders punya cara tersendiri untuk menzahirkan Crumble ini namun kredit perlu diberikan kepada yang hak...'Umi, doaku semoga dirimu sentiasa diberkati, sihat, dilimpahkan ilham & rezeki yang berpanjangan...'. Kredit juga kepada Zai Butterfly kerana teknik yang saya ajar adalah cetusan idea beliau.

Akhir kalam...andai masih ada permintaan InsyaAllah akan muncul pula Kelas Crumble Vol 2 bersam RozaBeads. Doakan kesihatan saya moga berpanjangan kerana hati ini, jiwa ini masih mahu berada di persada seni manik ini. Salam sayang buat semua...

19062010606
Dari kiri: Kak Ina, Kak Ifah, Fairus, cikgu (cikgu ke...?haha...), Mai, Ayu yang ayu & si bju putih Ain aka tua punya kamera (cam kenal je tudung tu kan...)

19062010605
Yang lain2 with kak Dini...

**Buat semua studen RozaBeads...'Sebelah kakimu sudah berada di Dunia Sulaman Manik Labuci ini...teruskan langkahmu...hingga tapakmu kukuh diarena ini. Jangan persiakan ilmu yang sudah ditimba...Semoga berjaya!'**

Bye!
RozaBeads

No comments: