Sunday, June 13, 2010

TQ ALLAH...

Alhamdulillah...

Tepat jam 2 pagi tadi sampai di Shah Alam...Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan yang amat panjang, akhirnya kami sampai dengan selamatnya...Tq Allah! Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta yang terlalu banyak membantu. Tak terucap dengan kata-kata untuk segala pengorbanan & pertolongan yang dihulurkan. Tidak sekalipun ku berkesempatan memandu sejak bertolak dari Shah Alam hinggalah sampai semula di Shah Alam...semuanya Suamiku yang lakukan...Sepanjang kelas berjalan di Kelantan, dia juga yang menjaga 6 orang anak2ku...Tak terbayang dek fikiran bagaimana agaknya andai tiada suamiku disisi menemani aku sepanjang perjalanan & semua ini...MasyaAllah! Tq Abang...Tq Allah...

Melalui perjalanan Gua Musang adalah pengalaman yang amat menakutkan...Selama ini hanya mendengar cerita & membaca tapi kini kami melaluinya. Gelap & kenderaan besar yang bertali arus membuat hati & mulut tidak berhenti berzikir memohon perlindungan Allah SWT. Kami bertolak agak lewat...terlalu banyak dugaan sebelum kami berjaya jua memulakan perjalanan ke Darul Naim ini...Pertamanya, puas mencari kereta/van untuk disewa tapi ada saja yang tak kena. Terbayang ada antara anak2 yang terpaksa ditiggalkan andai kenderaan tidak mengizinkan. Maklumlah 3 orang bersaiz XL, sorang M, sorang lagi 2 tahun & baby Ammar... Muat ke 1 kereta? Keduanya, dah ada van yang dicari2 duit pula tidak mencukupi memandangkan ada 1,2 studen yang ingin membuat bayaran saat akhir...

Walau bagaimanapun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...Akhirnya, keputusan dibuat: naik ISWARA Aeroback yang bukanlah uzur tetapi kena fikir banyak kali untuk dibawa ke perjalanan jauh begini...Suami tersayang pergilah ke bengkel & baiki apa yang perlu mengikut berapa yang cukup dalam poket...Tepat jam 4.30 petang bertolaklah kami bersama 6 orang permata hati. Setelah ditimbal balik, tak sanggup benar nak meninggalkan si Abang Long & Abang Ngah selama 3 hari...Jadi, bersempit-sempitlah mereka...Namun, Allah itu Maha Kaya. Tiada halangan sepanjang perjalanan yang gelap gelita. Kereta dipandu tidakpun meragam...Tepat jam 1.30 pagi kami sampai di Tanah Merah...Memandangkan kelas akan bermula jam 8.30 pagi & ada barang2 untuk kelas yang belum tersedia...terpaksalah aku bersengkang mata hingga jam 5 pagi...Aduhai....

Namun, studen Kelantan memang best! Sangat menghargai kehadiranku...tak pernah sepanjang mengajar, studen bangun & datang padaku untuk minta ditunjuk ajar but they did it. Terharu seketika melihat kesungguhan kakak2 & adik2 yang begitu teruja menjahit satu demi satu tugasan yang diberi...Alhamdulillah, biarpun kelas berakhir lewat dari yang sepatutnya, hasilnya amat mengagumkan especially Marina, Aida, Bee, Sarini, Kak Izan Ali & Kak Izan Ahmad. Maziah, Aziah & masih perlu dibimbing tetapi semangat mereka membuat saya rasa ingin membantu & menunjuk ajar semampu boleh...

Apapun, perjalanan kelas saya tak mungkin akan selancar ini andai tiada bantuan dari teman@studen bernama MARINA ABU ZAHAR. You are superb beb! Terlalu banyak tenaga & bantuan yang diberi olehnya. Berkejar ke sana kemari; menguruskan 5 orang anak termasuk sorang anak istimewa, dia memang tak nampak penat langsung! Dia jugalah yang paling riuh dalam kelas...ketawa bagai nak rak! Sekali lagi...Tq soooo much & you are superb!!!!!!

Akhir kalam, terasa sangat bertuah diri ini kerana ditakdirkan berada dibumi Kelantan & Alhamdulillah, andai tiada aral akan ku jejaki lagi pada penghujung bulan Julai nanti...SMS pujian yang diterima membuat semangat ini semakin kuat untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa ini...TQ Allah!

nota: maaf...tiada gambar untuk dikongsi kerana ketiadaan kamera. sayangkan? tapi apa nak dikata apabila kamera yang selalu dipinjam tidak mendapat keizinan untuk dibawa pergi...'peoples thing cannot be yours, right?' :)

No comments: