Monday, June 14, 2010

Kelas Shimmering Flora Vol 3 & Kelas Penuh Asas & SF

Salam...

Kelas27022010Modul

Kepada pelajar yang telah mengikuti kelas Asas Vol 1 pada 22/5/2010 yang lalu, berikut adalah tarikh kelas Shimmering Flora. Sila confirmkan kehadiran anda.

Kelas ini juga masih terbuka kepada anda di luar sana yang berminat mempelajari teknik Shimmering Flora. Ramadhan jua bakal menjelma menandakan bakal hadir jua Aidilfitri mulia. Apa kata anda luangkan masa untuk mempelajari teknik Shimmering Flora yang masih lagi meletop di pasaran ini & pastinya baju raya anda bertambah seri dengan Shimmering Flora di leher & lengan baju...JOM!!!

1) KELAS SHIMMERING FLORA
Tarikh : 26/6/2010
Masa : 9.30 pagi - 2.30 petang
Bayaran : RM150

2) KELAS ASAS & SHIMMERING FLORA
Tarikh : 27/6/2010
Masa : 8.30 pagi - 6.30 petang
Bayaran : RM250

Tempat :
CHOSEN ONE MANAGEMENT
(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8)
24B, JALAN LIKU B 8/B,
SEKSYEN 8,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Pelajar : 10 orang sahaja

NOTA PENTING ;

1) Mengetahui teknik asas sangat penting untuk kita lebih mahir & boleh mengaplikasikan apa saja corak sulaman yang diingini. Dengan adanya pengetahuan teknik asas, kita tidaklah bergantung pada satu atau dua corak sahaja walaupun corak tersebut merupakan pilihan terkini. Corak sulaman manik akan berubah dari masa ke semasa tetapi dengan adanya teknik asas kita tidak perlu bimbang untuk mencuba sesuatu yang lebih baru & mencabar.

2) Sesiapa saja boleh jahit SF tapi cantik, kemas & jadi tak? Kelas ini akan berkongsi teknik untuk mendapatkan kesemua faktor diatas

Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari & minum petang disediakan

3) Peralatan jahitan (kain A4 size, manik, labuci, jarum, benang) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya


Cara-cara pendaftaran/pembayaran :

1) Sila email/sms butir peribadi anda : Nama Penuh, IC,Alamat, Email & No. Telefon kepada rozabeads@yahoo.com/sms ke : 019~340 7583

2) Yuran pendaftaran sebanyak RM100 hendaklah dimasukkan ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat melebihi 7 hari selepas pengesahan kehadiran.

3) Maklumkan kepada saya butiran pembayaran yang telah dibuat.

4) Sila maklumkan 14 hari lebih awal sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan & nama paserta akan dimasukkan untuk tarikh kursus seterusnya.

5) Baki bayaran hendaklah dijelaskan pada hari kelas tersebut.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.

No comments: