Salam...
Bermula pada hari ini, setiap pengesahan kehadiran kelas hendaklah disertakan dengan pembayaran pra pendaftaran terlebih dahulu. Sebarang pengesahan kehadiran melalui email, sms & lisan tanpa pembayaran tidak akan dikira sebagai pengesahan kehadiran & saya boleh menggantikan tempahan tempat anda dengan sesiapa yang telah membuat pembayaran pada bila-bila masa perlu. Ketetapan ini terpaksa dibuat untuk mengelakkan 'janji nak datang tapi tak datang' berulang.
Ingin saya tegaskan disini bahawa pembatalan yang dibuat pada saat-saat akhir adalah melibatkan kos :
1) sewa tempat
2) tempahan makan & minum
3) bahan-bahan jahitan
4) sijil
Sekiranya pembayaran telah dibuat & peserta masih juga tidak dapat hadir, anda hendaklah mencari pengganti.
Harap Maklum. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment