Wednesday, July 7, 2010

Tak Jadi Balik Kampung...?

Salam...

Sepatutnya hujung minggu ni nak balik kampung menjenguk Bonda tercinta...namun memandangkan Bonda tersayang akan berada di KL minggu depannya jadi rancangan dibatalkan atas permintaan Bonda sendiri... 'kesian kamu, nak balik kejap, nak bekemas banyak, anak ramai, mane cukup balik belanja 2, 3 ratus...Mak rase usah le kamu balik, minggu depan mak dah nak ke rumah Len (adikku), kamu jumpa le mak kat sana... Lagipun, sayang kelas kamu tu...' Itulah Mak. Dari dulu & selamanya amat fleksibel orangnya...

Terharu sentiasa hinggap dihati tatkala Mak sentiasa mengerti. Pernah sekali aku terlantar sakit tak terperi, badan bagai tak jejak di bumi. Begitu longlai, lemah tak berseri. Hanya Allah & Mak dihati, meratap sendiri 'kalaulah Mak ada masa ni...' Tetiba telefon berbunyi 'Ta! Nape kamu?'. Terkejut aku dengan soalan...kerna niat dihati memang tidak mahu Mak tau aku sakit. Sudah ku kabarkan dari awal kepada adik-adik 'jangan bagitau Mak akak sakit, nanti dia risau..'. Tapi...Allah Maha Kuasa, dikurniakanNya deria istimewa buat insan istimewa ini. Rupa-rupanya, sedang Mak mula mengangkat takbir hatinya tetiba gundah gulana, terbayang wajahku didepan mata terus dicapai telefon bimbitnya. Nombor ku didail segera & soalan tadi menerpa telinga...Subhanallah...begitulah gerak rasa hati Mak...dapat merasa ada yang tak kena. Sesungguhnya tiada anugerah yang dapat menandingi insan hebat ini...Berilah segunung intan pun, selaut emas jua! Hanya Allah yang maha kuasa, ku pohon syurga tempat akhirnya...

No comments: