vs
Salam...
Selepas kelas di Kelantan bulan Jun nan lalu, ada pula permintaan untuk diadakan lagi kelas ke 2. Kali ini Crumble pula menjadi pilihan mereka sebagai 1 lagi menu tambahan kepada jahitan asas & SF yang telah dipelajari sebelumnya. Permintaan ini mungkin disebabkan 'aura Ramadhan' yang semakin terasa bahangnya, ditambah pula persalinan Aidilfitri sedang menunggu masa sahaja untuk diperindahkan dengan hasil jahitan sendiri. Pasti Aidilfitri kali ini amat berbeza dari yang lepas-lepas ye...semestinya megah bertahta dihati tatkala koleksi peribadi tersarung indah dihiasi labuci & manik air tangan sendiri...
Perincian kelas adalah seperti berikut ;
Modul :
1) Peserta akan diajar cara menyusun teknik-teknik jahitan sehingga menjadi Shimmering Flora yang cantik.
2) Peserta akan mempelajari teknik terkini jahitan Crumble di lengan baju & leher (sebelum ini hanya teknik dilengan sahaja yang diajar)
Tarikh :
Kelas Crumble
30/7/2010
Kelas Shimmering Flora
31/7/2010
Pelajar : (15 orang setiap kelas)
Tempat : Akan diberitahu
Masa : 8.30 pagi - 6.00 petang
Bayaran : RM350
Bayaran termasuk :
1) Sijil
2) Jamuan ringan & makan tengahari
3) Peralatan jahitan (kain A4 size, manik, labuci, jarum, benang) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja
4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya
Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:
1) Sila email/sms butir peribadi anda : Nama Penuh, IC, Alamat, Email & No. Telefon kepada rozabeads@yahoo.com/sms ke : 019~340 7583
2) Yuran pendaftaran sebanyak RM150 hendaklah dimasukkan ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI.
3) Maklumkan kepada saya butiran pembayaran yang telah dibuat.
4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti.
5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.
Bayaran termasuk :
1) Sijil
2) Jamuan ringan & makan tengahari
3) Peralatan jahitan (kain A4 size, manik, labuci, jarum, benang.
4) Sila bawa buku nota & pen
5) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya
6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:
Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.
1 comment:
bila nak buat kelas crumble kat KL ni???
Post a Comment