Sunday, October 2, 2011

Kelas Manik Tabur Raja di Shah Alam 8/10/2011

Salam...
Hai...pekabar? Janganlah terkejut dengan entry nie yer... Ya, selagi belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi nih (walaupun dah 38 minggu dah...), kelas Manik Tabur Raja akan terus berjalan seperti biasa... ;) Sebelum terlupa saya nak ucapkan jutaan terima kasih & tahniah kepada semua pelajar MTR 1/10/2011 yang lepas. Kak Nor, Sumi, Suziana, Ana, Lin & Ina memang happening habis! Riang gembira dari awal hinggalah ke akhir kelas. Kellllaaassss korang! Ditambah lagi dengan layanan bagai dirumah sendiri oleh tuan rumah : Untie Dora...special thanks 2 u Untie...

Ok, untuk kelas kali ini ada 4 teknik tambahan termasuk 1 teknik 3D yang akan diajar. Berdasarkan kelas yang lepas, pelajar sukeeee...sangat bila dapat belajar teknik tambahan nie. Secara tidak langsung mereka akan dapat mengetahui & mengaplikasikan teknik-teknik lain selain dari MTR. BONUS la tu kan!

crumbleturqoise1

Crumble Aida2


Nota penting :

~ Hasil kerja adalah bergantung kepada kecekapan & kemahiran masing-masing. Setiap pelajar adalah berbeza cara penerimaan & hasilnya.
Yang penting BERANI MENCUBA!


Modul : KELAS MANIK TABUR RAJA

Tarikh : Sabtu 8hb. Oktober 2011

Masa : 9.30 pagi - 5.30 petang (kekadang kelas akan berakhir lewat sedikit)

Tempat : Seksyen 6, Shah Alam (Alamat akan diberitahu melalui sms setelah bayaran pendaftaran dibuat)

Pelajar : 6-8 orang sahaja

Bayaran : RM180


Bayaran termasuk :

1) Sijil (akan dipos)

2) Makan tengahari & minum petang

3) Peralatan jahitan (kain, manik, jarum, benang, gunting & nota ringkas) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan setelah bayaran dibuat.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan melainkan jika ada pembatalan kelas dari pihak RozaBeads.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.com