Followers

Monday, January 9, 2012

Jadual Kelas Manik bulan Januari 2012 di Shah Alam

kalendar 2012

Kelas Shimmering Flora & 3D 2012 di Shah Alam

SALAM SEMUA...! SELAMAT TAHUN BARU 2012!

Pembukaan tahun baru ini akan diserikan dengan kelas Shimmering Flora dan kelas yang dinanti-nantikan oleh beberapa bekas pelajar saya iaitu 3D! Yeeeeeaaahhh Girls!!!! 3D in the house!

Sedikit makluman buat semua...kali ini saya akan menggabungkan kelas SF & 3D bersama. Ianya untuk menjimatkan masa & memberi kemudahan buat anda yang tidak mahu datang berulang kali untuk mengikuti kedua-dua kelas. Biarpun kelas 3D ini adalah merupakan kelas asas tetapi InsyaAllah ianya sudah cukup untuk anda mengaplikasikannya sesudah kelas. Teknik 3D ini akan sentiasa bertukar dari masa ke semasa dan anda akan dapati ianya satu pengalaman baru dan sangat menarik untuk diterokai! Saya sendiri mengalaminya dan terus terang amat susah sekali untuk memisahkannya setelah mengetahui pelbagai teknik dan melihat sendiri hasilnya! Jika saya boleh anda juga boleh kan? Jadi...apa kata tambah pengalaman memanik anda dengan ber Shimmering Flora & 3D pula! Jommmmm!!!!

Oh ya! Ramai yang bertanya 'kalau saya yang takde pengalaman menjahit manik ni boleh ke belajar? boleh ke catch up?'...Jawapannya BOLEH! Jangan risau...cukup dengan minat yang sudah berputik dihati anda tu...InsyAllah saya akan cuba menjadikan anda BOLEH ye! Kita usaha & belajar sama-sama k....!

juntai1
Shimmering Flora

sample1[1]
Contoh modul Shimmering Flora

3DRoza
Contoh 3D

Nota penting :

~ Hasil kerja adalah bergantung kepada kecekapan & kemahiran masing-masing. Setiap pelajar adalah berbeza cara penerimaan & persembahannya.

Modul : KELAS SHIMMERING FLORA & 3D

Tarikh : 14/1/2011 Sabtu

Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang

Tempat : Seksyen 6, Shah Alam ( alamat penuh akan diberikan melalui sms setelah pendaftaran dibuat)

Pelajar : 6 orang sahaja

Bayaran : RM250



Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari & minum petang

3) Peralatan jahitan (kain berukuran A4, manik, labuci, jarum, benang, gunting) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti atau anda perlu memilih tarikh akan datang.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.com

Sunday, December 25, 2011

Kelas Shimmering Flora + 3D

Salam.. Ada permintaan untuk diadakan kelas Shimmering Flora & 3D. InsyaAllah kelas tersebut akan bermula di Shah Alam diikuti negeri-negeri yang lain mengikut permintaan. Kelas SF+3D pertama kali akan diadakan pada: ↲
Tarikh : 31/12/2011 ↲
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang↲
Tempat : Shah Alam (akan diberitahu melalui sms) ↲
Bayaran : rm250 ↲
Pelajar : 6 orang sahaja. ↲
Sila sms saya 0193407583 untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Wednesday, November 30, 2011

Kelas Manik Tabur Raja Perak

Salam...

InsyaAllah saya akan berada di Homestay Nuriz, Temoh Perak seperti tarikh di bawah. Jangan lepaskan peluang ini kerana anda akan mempelajari teknik Manik Tabur Raja dan 3D serta pelbagai tips. Jangan bimbang jika anda tiada langsung pengalaman menjahit manik kerana semuanya akan bermula disini... Sehingga berjumpa nanti, daftar segera ye...

Crumble Aida 1

crumbleturqoise1

Nota penting :

~ Hasil kerja adalah bergantung kepada kecekapan & kemahiran masing-masing. Setiap pelajar adalah berbeza cara penerimaan & hasilnya.
Yang penting BERANI MENCUBA & PERCAYA PADA DIRI!


Modul : KELAS MANIK TABUR RAJA
(teknik menjahit Manik Tabur Raja/MTR + 3D)

Tarikh : Ahad 25hb. Disember 2011

Masa : 9.30 pagi - 5.30 petang (kelas mungkin akan berakhir lewat sedikit)

Tempat : HOMESTAY NURIZ, PT4548, CASA IDAMAN, BATU 3 TEMOH PERAK

Pelajar : 10 orang sahaja

Bayaran : RM200



Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari & minum petang

3) Peralatan jahitan (kain, manik, jarum, benang, gunting dll) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan setelah bayaran dibuat.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan melainkan jika ada pembatalan kelas dari pihak RozaBeads.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:


**saya juga ada menjual Glass Pearl & Glass Beads yang digunakan didalam teknik MTR. Anda bolehlah membawa wang lebih jika berminat untuk membeli. Anda juga boleh membawa busana sendiri jika ingin meminta pendapat saya tentang pemilihan warna manik dll...


Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.com

Tuesday, November 15, 2011

Kelas Manik Tabur Raja di Shah Alam

crumbleturqoise1

Ana Moms

Nota penting :

~ Hasil kerja adalah bergantung kepada kecekapan & kemahiran masing-masing. Setiap pelajar adalah berbeza cara penerimaan & hasilnya.
Yang penting BERANI MENCUBA & PERCAYA PADA DIRI!


Modul : KELAS MANIK TABUR RAJA
(teknik menjahit Manik Tabur Raja/MTR + 3 teknik tambahan + 1 teknik 3D)

Tarikh :

1) Sabtu 26hb. November 2011

2) Sabtu 3hb. Disember 2011

Masa : 9.30 pagi - 5.30 petang

Tempat : Seksyen 6 (sila lihat peta lokasi di ruang sebelah kanan)

Pelajar : 6 orang sahaja

Bayaran : RM180


Bayaran termasuk :

1) Sijil (akan dipos)

2) Makan tengahari & minum petang

3) Peralatan jahitan (kain, manik, jarum, benang, gunting) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan setelah bayaran dibuat.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan melainkan jika ada pembatalan kelas dari pihak RozaBeads.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.com

Friday, November 4, 2011

Update

crumbleturqoise1

InsyaAllah, Kelas Manik Tabur Raja (teknik MTR + 3 teknik tambahan + 1 teknik 3D) akan diadakan sebaik sahaja saya habis berpantang. Kelas kali ini akan diadakan di Sri Kembangan (sila lihat ruang sebelah kanan) & butiran kelas adalah sama seperti di bawah (sila skrol, tq).

Salam Sayang,
RozaBeads

Thursday, November 3, 2011

Sedang Berpantang...

Salam semua...

Maaf kerana lewat mengkhabarkan, Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan kurniaan Ilahi yang ke 7 pada 10/10/2011 nan lalu. Nur kasih berlesung pipit dan sangat cerdik ini diberi nama NUR ZAHRAH BT. AHMAD GHAZALI (InsyaAllah, saya akan cuba upload gambarnya)

Maka, secara otomatiknya segala aktiviti memanik & kelas dibekukan buat sementara... (kalau langgar pantang dikhuatiri BENTAN, hihihi...). InsyaAllah, doa saya semoga Allah akan memanjangkan rezeki saya untuk kembali aktif semula pada bulan DISEMBER nanti, doakan saya ye...:)

Salam sayang,
RozaBeads