Friday, April 23, 2010

Alahai...batal le pulak...

Salam...

Chop!Chop! Jangan terkejut lak eh! Bukan kelas Crumble yang batal tapi kelas saya hari Sabtu 24/4/2010. Kepada pelajar yang telah mengesahkan kehadiran & telah membayar pra pendaftaran, jutaan kemaafan sekali lagi dari saya selepas pemberitahuan melalui sms kepada kalian kemarin. Kesulitan ini amat tidak dijangka & saya harap ianya tidak akan berulang lagi, InsyaAllah.

Tarikh baru untuk menggantikan kelas tersebut adalah seperti berikut:


Sabtu 15/5/2010


Tempat & masa adalah sama.

PEMBERITAHUAN:

Pendaftaran untuk Kelas Crumble pada 1/5/2010 hari Sabtu masih dibuka. Ramai yang berminat tetapi memandangkan hari tersebut adalah cuti umum ramai pula yang dah buat plan nak g bercuti & sebagainya namun disebabkan hanya ini sahaja tarikh yang sesuai buat Zai Butterfly (selaku Tenaga Pengajar), kelas perlu diteruskan. Jadi kepada sesiapa yang berminat & tiada rancangan ke mana-mana pada hari tersebut boleh lah membuat pendaftaran segera ya kerana kelas Crumble seterusnya belum pasti lagi bila. Semuanya bergantung kepada kondisi Ibu & Bayi...(heh heh...mcm pakar sakit puan le pulak)

Nota : untuk mengetahui cara pendaftaran, sila scroll ke bawah ye...TQ!

Tuesday, April 20, 2010

Siapa Cepat Dia Dapat!!!

Salam semua...

InsyaAllah, 1/5/2010 Sabtu akan diadakan Kelas Crumble. Kelas terhad untuk 10 orang sahaja. Bayaran RM180. Jadi, siapa yang berminat sila sms saya untuk tempahan secepat mungkin ye. Ini adalah kelas terakhir sebelum cikgunya (Zai Butterfly) bercuti panjang kerana bakal melahirkan permata hati keduanya Mei ini... Kelas Crumble seterusnya mungkin akan menyusul agak lewat...Jadi...APA TUNGGU LAGI!!!!JOM!!!

Kelas Sabtu 24/4/2010

Kelas27022010Modul


NOTA PENTING ;

1) Mengetahui teknik asas sangat penting untuk kita lebih mahir & boleh mengaplikasikan apa saja corak sulaman yang diingini. Dengan adanya pengetahuan teknik asas, kita tidaklah bergantung pada satu atau dua corak sahaja walaupun corak tersebut merupakan pilihan terkini. Corak sulaman manik akan berubah dari masa ke semasa tetapi dengan adanya teknik asas kita tidak perlu bimbang untuk mencuba sesuatu yang lebih baru & mencabar.

2) Sesiapa saja boleh jahit SF tapi cantik, kemas & jadi tak? Kelas ini akan berkongsi teknik untuk mendapatkan kesemua faktor diatas

Tempat :
CHOSEN ONE MANAGEMENT
(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8)
24B, JALAN LIKU B 8/B,
SEKSYEN 8,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN


Pelajar : 6 orang sahaja

Modul 1) : Kelas sehari teknik asas & Shimering Flora (SF)
Masa : 8.30 pagi~6.00 petang
Bayaran : RM250

Modul 2) : Teknik Asas sahaja (lebih dari 10 teknik)
Masa : 8.30 pagi~1.30 petang
Bayaran : RM150

Modul 3) : Teknik Shimmering Flora sahaja(cara mendapatkan sf yang lebih tersusun, kemas & cantik)
Masa : 9.00 pagi~2.00 petang
Bayaran : RM150

Bayaran termasuk :

Sijil

Makan tengahari & minum petang disediakan

Peralatan jahitan (kain A4 size, manik, labuci, jarum, benang) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

Kepada yang berminat, anda boleh memilih modul 1/2/3 & yang paling penting ianya mengikut keperluan dan kelapangan masa serta bajet anda... :)

Cara-cara pendaftaran/pembayaran :

1) Sila email/sms butir peribadi anda : Nama Penuh, IC,Alamat, Email & No. Telefon kepada rozabeads@yahoo.com/sms ke : 019~340 7583

2) Yuran pendaftaran sebanyak RM100 hendaklah dimasukkan ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat melebihi 7 hari selepas pengesahan kehadiran.

3) Maklumkan kepada saya butiran pembayaran yang telah dibuat.

4) Sila maklumkan 14 hari lebih awal sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan & nama paserta akan dimasukkan untuk tarikh kursus seterusnya.

5) Baki bayaran hendaklah dijelaskan pada hari kelas tersebut.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.

Thursday, April 15, 2010

Kelas 11/04 yang meriah sangat!

Salam...
Alhamdulillah...kelas minggu lepas berakhir dengan jayanya. Kelas kali ni memang meriah dan lain dari biasa. Mane taknye, kali ni ada 2 orang student kenit yang join campur 7 orang = 9...hihihi...
AIN & FAEZAH 2 sahabat yang datang dari jauh. AIN Pencetus Evolusi sebab sepanjang kelas apa yang diajar jadi lain tapi cantik le pulak! Jadi design baru...hihihi...tapi semua yang diajar memang kemas & cantik hasilnya. Tak sabar nak tengok hasil kerja tangannya kat dalam blog AIN MANIK. FAEZAH macam dah pandai jait jer...ehem!ehem! Mesti pernah amik tempahan nie...Kalau tak silap...jahitannya ada 1 je yang silap, yang lain sama cam Ain... ZANNA...Miss Benang Kusut hihi...sms saya cam takut jer nak g kelas tapi not bad...slow n steady akhirnya jadi...! Jangan takut lagi yer! TINIE, akauntan yang memang minat beading nampaknye; cepat tangkap apa yang diajar, boleh main color & menjadi jer semuanya. SHAFINAZ x stewardess yang cantik manis & Miss Jarum Patah ni memang bersungguh-sungguh menjait sampai 5 batang jarumnya patah! Siap 1 je terus hulur kat saya 'Nah!! Jadi tak?!'...kahkahkah...cam polis pun ada! JULIA my cousin walaupun kejap2 bangun kerana si kenit Anas & Adlina punye hal, dia steady je...kemas & cantik jahitannye...habis kelas terus je beli manik kat Zai Manik nak buat SF. Cayalah! Kak Nor...x student tapi nak belajar buat SF lagi, dh lupa! haha...ye la tu...lepas ni kalau lupa jugak, tempah je kat Ain/Faezah/Zanna/Shafinaz/Tinie/Julia ye..heheheh...

Kelas110410freestyle
MERIAHnye.............!

Duduk depan dari kiri: Zanna, Saya le..., Kak Nor
Berdiri dari kiri : Faezah, Ain (tinggi betul cik kak Sg Besor ni), Shafinaz (dia pandai buat cup cake tau, view le blog dia 'Stewardesscuppies'), Tini (akauntan ni pakai BlackBerry idamanku...huhu...), Julia ( ibu kepada si kenit Anas & Adlina yang kat depan saya tu)

Terima kasih tak terhingga & CONGRATS to all my sweet 7 students especially Ain & Faezah yang sanggup datang dari Sabak Bernam & Sg Besar. Ain beritahu diorang sampai rumah kul 10pm...terharunye! Memang salute kat u 2! Maaf andai ada yang terkurang, terlanjur kata & gurau senda ye...Saaaaaaaayang awak semua..........!