Showing posts with label Shimmering Flora. Show all posts
Showing posts with label Shimmering Flora. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

Shimmering Flora Dana

11122010799

Design SF yang diberi sedikit perubahan gara-gara kedudukan lehernya yang senget... Boleh tahan juga cabaran ketika kerja-kerja pengubahsuaiannya... Enjoy!

Tuesday, December 14, 2010

Shimmering Flora Aida

sf3[1]

sf1[1]
All Photos Edited By Zai ButterflyBeads.

Baju nie, baju studen saya dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Aida ini Pemanik Tegar. Katanya dengan tempahan yang menimbun, memang tak sempat nak jahit untuk baju sendiri. Hemmh...itu memang lumrah si tukang jahit manik & semua tukang2 yang ada di tanahair nie!
Alhamdulillah, dengan jasa baik Zai ButterflyBeads, dapatlah gambar SF ini diabadikan...Tqvm Zai. Banyak gambar tempahan Aidilfitri yang lalu tidak diambil hatta kamera compact yang tetiba rosak walau telah dibaiki & beratus pula kosnye...Aduhai...

Wednesday, May 19, 2010

Shimmering Flora Hani

SFHani
Salam..

Baju Hani ni dah lama sangat dia hantar tetapi memandangkan baju yang sedang 'beratur' pun masih WIP, bajunya agak lewat (memang lewat) siap hinggakan saya terpaksa menghantarnya sendiri (dipandu suami sebagai peneman setia...). Maaf sekali lagi buat Hani. Masa jahit baju ni asyik rasa macam ada yang tak kena jer...tak taulah kenapa...Itulah, orang kata tak semestinya 'orang lama' takde buat silapkan. Akhirnya bila dah siap Hani komen 'penggunaan warna manik perlu lebih sesuai & menyerlah...Semoga dapat menghasilkan jahitan yang lebih eksklusif lepas ni...'. Ok, tq Hani. Segala teguran akan saya jadikan panduan... Tq again..

Monday, December 21, 2009

Salam...

Sekadar melepas rindu...

SFturqoise

Salam buat semua...Sihat...? Alhamdulillah...begitulah hendaknya yer. Saya ok, hari ni dah 27 hari berpantang. Baby pun ok cuma kuat nangis berbanding dengan anak-anak yang lain :). Oh ye...SF ni baju sendiri. Sepanjang mengandung memang takde mood langsung nak menjait/menerima tempahan manik..Tengok peti bekas manik pun nyampah! Hehehe..tp entah kenape bulan terakhir lebih kurang lagi 2 minggu nak bersalin, teringin sangat lak nak menjait, naik terliur lak nampak peti manik tu...macam nampak PIZZA la lebih kurang...heheh.. Hemh..mcm2 perangai mak buyung eh... So, sempat le menjait dan akhirnye siap gak la baju nie (baju lama jer). Ok, lepas pantang ni tak tau lagi boleh menjait ke tak sbb baby baru ni lain macam lak perangainyer. Tapi InsyaAllah, kalau suma ok...saya akan kembali dengan bahan baru yer...
Yang setia menanti & mengikuti..TQVM! Lebih-lebih lagi buat kengkawan Beaders...Tq eh!

Salam,
Rozita

Sunday, September 6, 2009

Special Request....

sfz

Jangan jeles atau terasa ape2 yer, mmg tahun ni tak amik tempahan... Ini cuma memenuhi permintaan seseorang & sekadar ingin membantu kerana tempahan yang diterima otai beaders ni sampai tak cukup tangan... So, just enjoy d picture yar...!

Friday, March 6, 2009

Dah Siap...


Design Inspired By: Noramanik

juntai

Kalau perasan, pada mulanya takde pearl hijau, kononnye nak lari dari kebiasaan yang suka sangat masukkan warna hijau kat apa jua warna baju. Bila dah siap, macam ada yg tak kena jer...jadi dengan sukacitanya bukak balik/kurangkan pearl kuning & jait la pearl hijau...Hijau tu kan warna alam...jadi takde hijau tak 'hidup' la warna alam ni...Akhirnya, inilah hasilnya...

Pas ni nak start jait Projek Mega so maybe tak update. Harap semua faham & mendoakan saya dpt menghasilkan yg terbaik. Bukan masuk sebab nak menang tetapi nak membuat & mempersembahkan yg terbaik sepanjang karier ini...Kepada yg belum/berbelah bahagi membeli tiket dinner RJ, ada duit lbh tu, beli lah & datang untuk support kami...Satu2nya majlis yg mengangkat value wanita melayu, surirumah & sesiapa saja yang meminati bidang ini tak kiralah untuk menjadikan ia punca rezeki/suka2...Kepada yg tak dpt dtg ucapkanlah rasa terima kasih anda kepada ROSITA JAAFAR@RJ diatas daya usahanya yang banyak membantu kita dlm bidang ini. Kepada yang lain, datang ye...jumpa disana...ARIOS!

Wednesday, February 11, 2009

My 1st...Shimmering Flora La...

Picture 003 copy

Ish...! Mcm tak pecaya lak bila dah siap... Tak tau jadi ke tak...kita tunggu Sifu Nora komen yer...Eeee!!!!!Seram beb!