Tuesday, December 22, 2015

Kelas Asas Reben RM150 sahaja..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kelas asas sulaman reben adalah kelas terawal yang perlu dihadiri oleh anda yang tiada asas menyulam reben sebelum ini. Di dalam kelas ini anda akan diajar menyulam teknik-teknik asas yang boleh membentuk bunga, daun dan batang bunga. Anda akan dapati teknik-teknik ini juga sudah boleh menghasilkan rekaan yg sangat cantik untuk sarung kusyen, beg, bingkai gambar, bekas pensil dan sebagainya lagi. Jom terokai dunia sulaman yang sangat menarik ini. Jika anda kurang berminat, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru InsyaAllah anda akan temui sesuatu yang pasti menerujakan. Jom menyulam reben!

Tarikh: Isnin 28hb Disember 2015
Tempat: Afdi, Subang Perdana (atas Dominos)
Masa: 10 pagi-5ptg
Yuran: RM150 sahaja
Pelajar: 20 orang sahaja
Whatsaap/sms/pm: Rozita 019-340 7583


Monday, December 21, 2015

Alhamdulillah...


Saya Ibu yang sibuk..

Assalamualaikum wm..dan salam sejahtera..

Wahhh..begitu sibuk dengan anak2 di musim cuti sekolah ni ye.. Beginilah blog saya, update sekejap, lama menyepi, update lagi, menyepi lagi..hahaaa..nak buat macamana begitulah kehidupan saya, walaupun berstatus suri rumahtangga sibuknya memang tak terkata. 24 jam tu terasa amat cepat pusingannya. Penat lelah usah cerita tapi sebagai seorang Muslimah dan hambanya jangan sekali kita bersungut....hilanglah pahala. Gantikan sungutan tu dengan zikir 'Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar' zikir yang Rasulullah kita ajar kepada anaknya Fatimah Al-Zahra tatkala anakandanya itu mengadu akan kepenatannya menguruskan rumahtangga.. InsyaAllah kita takkan merasa kepenatannya malah dapat melalui hari2 dengan lancar walaupun x sempurna semuanya.. Kalaulah dapat merehatkan diri di air terjun ke..tepi pantai ke..pasti best kan..?


tak salah berangan-rangan kan...

mana tau jadi kenyataan...