Tuesday, December 22, 2015

Kelas Asas Reben RM150 sahaja..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kelas asas sulaman reben adalah kelas terawal yang perlu dihadiri oleh anda yang tiada asas menyulam reben sebelum ini. Di dalam kelas ini anda akan diajar menyulam teknik-teknik asas yang boleh membentuk bunga, daun dan batang bunga. Anda akan dapati teknik-teknik ini juga sudah boleh menghasilkan rekaan yg sangat cantik untuk sarung kusyen, beg, bingkai gambar, bekas pensil dan sebagainya lagi. Jom terokai dunia sulaman yang sangat menarik ini. Jika anda kurang berminat, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru InsyaAllah anda akan temui sesuatu yang pasti menerujakan. Jom menyulam reben!

Tarikh: Isnin 28hb Disember 2015
Tempat: Afdi, Subang Perdana (atas Dominos)
Masa: 10 pagi-5ptg
Yuran: RM150 sahaja
Pelajar: 20 orang sahaja
Whatsaap/sms/pm: Rozita 019-340 7583


Monday, December 21, 2015

Alhamdulillah...


Saya Ibu yang sibuk..

Assalamualaikum wm..dan salam sejahtera..

Wahhh..begitu sibuk dengan anak2 di musim cuti sekolah ni ye.. Beginilah blog saya, update sekejap, lama menyepi, update lagi, menyepi lagi..hahaaa..nak buat macamana begitulah kehidupan saya, walaupun berstatus suri rumahtangga sibuknya memang tak terkata. 24 jam tu terasa amat cepat pusingannya. Penat lelah usah cerita tapi sebagai seorang Muslimah dan hambanya jangan sekali kita bersungut....hilanglah pahala. Gantikan sungutan tu dengan zikir 'Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar' zikir yang Rasulullah kita ajar kepada anaknya Fatimah Al-Zahra tatkala anakandanya itu mengadu akan kepenatannya menguruskan rumahtangga.. InsyaAllah kita takkan merasa kepenatannya malah dapat melalui hari2 dengan lancar walaupun x sempurna semuanya.. Kalaulah dapat merehatkan diri di air terjun ke..tepi pantai ke..pasti best kan..?


tak salah berangan-rangan kan...

mana tau jadi kenyataan...

Monday, November 23, 2015

Task- Mutiara Kasih Cikgu Umi @SKM3 Sulaman Warisan


MUTIARA KASIH

Kursus Sulaman Warisan SKM3 diteruskan dengan task daripada Cikgu Umi Pepari pula. Mutiara Kasih adalah kesinambungan dari tajuk 4: TEKNIK GABUNGAN JAHITAN 3D. Task perlu disiapkan sebelum kelas seterusnya. Peserta perlu melukis rekaan mengikut kreativiti dan menjahit menggunakan teknik tali air utk membuat sulur paut dan digabungkan pula dengan teknik2 lain mengikut kesesuaian rekaan.

Wednesday, November 11, 2015

Wednesday, October 28, 2015

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Carilah ilmu sampai ke negeri China..tapi buat masa ni dalam negeri lah dulu.. :) 

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan
sedang dijalankan di Afdi Subang Perdana selama 6 bulan bermula 3/10 yang lepas. 

Modul setiap CORE adalah seperti berikut;
1. Pembuatan Seni Sulaman Tangan
1.3. Sulaman Reben

2. Pembuatan Seni Sulaman Nyonya dan Kerawang
2.1. Sulaman Nyonya – (menggunakan mesin goyang kaki secara manual)
2.2. Sulaman Kerawang – (menggunakan mesin industri)

3. Pengurusan dan Etika Kerja Seni Sulaman
Pengurusan dan Etika Kerja / Rekaan  harus dipelajari dari mana-mana institusi yang mengajar modul ini. Sila rujuk kepada pihak Admin kami di FTIMdc. Kelas-kelas anjuran kami dalam program tahun 2014. Pihak kami juga sering mengadakan seminar dan kuliah dalam modul pengurusan perniagaan dan rekaan sulaman.

Modul setiap ELEKTIF adalah seperti berikut; 
1. Pembuatan Seni Kraf Sulaman

2. Pembuatan Seni Sulaman Tradisi
2.1. Sulaman Tekat
2.2. Sulaman Keringkam

Di bawah ini adalah ciri-ciri pengetahuan ilmu kemahiran yang harus anda perolehi untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Seni Sulaman Warisan. Kesemua Aktiviti Kerja WAJIB dilengkapkan sepenuhnya. Sekiranya anda telah mempunyai kemahiran yang disenaraikan di bawah, anda hanya perlu mengambil kursus-kursus yang perlu anda ikuti.

PEMBUATAN SENI SULAMAN TANGAN / ART OF HAND EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan sulaman  tradisional, meningkatkan dan mengekalkan tradisi sulaman. Kemahiran tradisi ini secara tidak langsung boleh di ubahsuai mengikut kegunaan terkini sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menghasilkan produk yang berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan: 1. Membuat Sulaman Manik
 2. Membuat Sulaman Benang
 3. Membuat Sulaman Reben
  
  
   
PEMBUATAN SENI KRAF SULAMAN / ART OF CRAFTED EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam  CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang kompeten dalam rekaan aksesori dan hiasan sulaman yang kreatif. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh; 1. Membuat Bunga-bunga Manik
 2. Membuat Aksesori Manik
 3. Membuat Sulaman Kraf Hiasan Dalaman
   
PEMBUATAN SENI SULAMAN NYONYA DAN KERAWANG / NYONYA AND KERAWANG EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan kehalusan sulaman bergantung kepada kerja yang berperingkat secara berterusan dan mahir menggunakan mesin manual/ industri dengan cermat dan cekap supaya dapat meningkatkan  proses pengeluaran. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh: 1.  Membuat Sulaman Nyonya dengan menggunakan mesin manual
 2.  Membuat Sulaman Kerawang dengan menggunakan mesin industri
  
  
   
PEMBUATAN SENI SULAMAN TRADISI / TRADITIONAL EMBROIDERY MAKING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh mengaplikasikan reka corak dan motif Tekat dan Keringkam  yang halus. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh: 1. Membuat Sulaman Keringkam
 2. Membuat Sulaman Tekat
  
  
   
REKAAN SENI SULAMAN / ART OFEMBROIDERY DESIGNING
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh seorang pekerja yang kompeten dalam memahami konsep melakar dan mengenal  komposisi rekaan yang dipadankan di atas fabrik. selain itu, dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh melaksanakan 1. Membuat kajian konsep lakaran
 2. Melaksanakan konsep lakaran
 3. Membuat kajian kesesuaian produk dan fungsi
 4. Menganalisa Perbandingan Produk
   
PENGURUSAN DAN ETIKA KERJA DALAM SENI SULAMAN / MANAGEMENT AND WORK ETHICS IN ART OF EMBROIDERY
   
Seseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang boleh berkomunikasi bersama pelanggan, boleh merancang, mengawal dan menganalisis stok inventori dan menguruskan operasi dengan cekap, berkesan, mudah dan cepat. Selain itu, boleh  mengenal bahan dengan baik dan boleh  memahami pengetahuan produk dengan berkesan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh; 1. Melaksanakan perkhidmatan perhubungan           pelanggan
 2. Melaksanakan kemahiran berkomunikasi
 3. Melaksanakan pengurusan stok dan inventori
 4. Menguruskan premis butik
 5. Melaksanakan pengiraan kos tempahan


Puan Pengetua Puan Asfarena Samion. Afdi, Subang Perdana

Penulis Buku Cikgu Sheikh Azmi salah seorang daripada tenaga pengajar kursus


SEBAHAGIAN DARI 30 ORANG PESERTA SULAMAN WARISAN TAHAP 3






Tempahan Jahitan Manik Pukal

Assalmualaikum wm..
Alhamdulillah RozaBeads kini mengambil tempahan manik pukal untuk shawl. Kami mempunyai team yang terdiri daripada bekas pelajar saya dan surirumah sepenuh masa yang telah diberi tunjuk ajar dan InsyaAllah kemas jahitannya. Pengusaha shawl online boleh mendapatkan perkhidmatan kami melalui pm/whatsaap saya Rozita di 019-340 7583. Tempahan adalah mengikut design anda sendiri dan harga upah bergantung kepada design anda. Harga antara rm5-rm18 sehelai shawl. Bahan2 anda yang sediakan. Penghantaran dan pengambilan juga anda yang lakukan. Tempoh siap antara 3 hari-2 minggu. Penghantaran di saat2 akhir dan nak cepat siap x dapat kami layan ye.. ;)
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Rozita Zaibidi
ROZABEADS RESOURCES
019-3407583

Thursday, October 1, 2015

Coral Paradise Diva vs Shimmering Flora

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Kali ni saya nak bercerita sedikit tentang design CORAL PARADISE atau lebih dikenali dengan nama SHIMMERING FLORA. 
Design ini lebih kepada konsep bunga labuci dan untuk menghasilkan design yang lengkap ianya perlu dihiasi dengan beberapa teknik lain seperti bunga teratai, bunga kekwa, bunga sisik ikan,  labuci bersayap dan 3 serangkai. Padanan warna sangat penting dalam menghasilkan Coral Paradise yang cantik dan tampak harmoni. Penggunaan labuci jenis lutsinar (transparent) boleh memberi kesan bunga sisik ikan yg seakan hidup. Jika anda sudah pandai menjahit bunga labuci bolehlah mencuba design ini. 
Sekian. Selamat mencuba :)


Monday, September 28, 2015

Datin Hani

Kelas personal dengan Datin Hani. Tq Datin kerana sudi mempelajari Shimmering Flora dengan saya. Tq for everything..
 


Wednesday, September 9, 2015

Kelas Shimmering Flora pada Hari Malaysia

Assalamualaikum wm dan salam sejahtera semua..

Dah ada perancangan ke mana-mana masa cuti Hari Malaysia nanti tak? Kalau masih belum ada, apa kata jom join kelas Shimmering Flora? Dapat juga menambah pengalaman dan pengetahuan tentang corak jahitan manik yang cantik dan menarik ni kan? Dah belajar bolehlah cuba jahit pada baju sendiri nanti, betul tak..? Dah cantik nanti...boleh ambil tempahan pula sampai boleh dijadikan pendapatan sampingan yang lumayan.. Siapa tahu kan? Rezeki yang Allah bagi tu kan luas dan tak disangka-sangka? Jom cuba..




Modul:  Shimmering Flora 
Tarikh:16/9/2015
Tempat: Afdi, Subang Perdana
Bayaran: rm200
Deposit: rm50

Sila sms/pm/WhatsApp: 019-340 7583 Rozita untuk tempahan tempat

Yuran termasuk :

1) Kain
2) Manik & labuci
3) Jarum & benang
4) Gunting

**Peserta hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja
**Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya


Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) SMS ke 019~340 7583 untuk mengetahui kekosongan tempat.

2) Sekiranya ada kekosongan anda perlu membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM50 ke Akaun Maybank 162106833150 ATAU CIMB 12050010566201 ROZITA BT. ZAIBIDI untuk tempahan tempat.

3) SMS butir pembayaran, nama penuh & no. kad pengenalan.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti atau anda perlu memilih tarikh akan datang.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms/whatsaap: 019~340 7583
atau pm fb saya Rozita Zaibidi Roza


Jumpa nanti ye!





Monday, May 11, 2015

Kelas Shimmering Flora dan Kelas 3D


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.. Maaf kerana agak lama tak update blog. Kesibukan yang melanda membataskan aktiviti blog saya. Now i'm back!

Kepada yang berminat utk mempelajari teknik Shimmering Flora dan juga 3D, saya dan cikgu Encik Aziz akan mengadakan kelas tersebut dalam waktu terdekat. Kelas shimmering flora akan dikendalikan oleh saya dan kelas 3d oleh cikgu Encik Aziz. Kelas ini adalah dibawah anjuran persatuan AECAB (Assiociation of Embroidery, Craft and Beads). Jika anda mendaftar sebagai ahli (yuran rm50 setahun) anda akan mendapat diskaun 20% dari harga biasa. Yuran untuk satu kelas rm180. Jika anda ambil 2 kelas anda hanya perlu membayar rm288 sahaja. Murah kan?! Jadi..apa tunggu lagi..jom join kami. Kami akan pastikan sebaik sahaja tamat kelas anda sudah boleh menjahit teknik ini pada busana anda dan lebih hebat lagi anda sudah boleh membuka tempahan utk Aidilfitri. Seronok tau! Jika berminat cepat2 hubungi saya untuk tempahan tempat melalui sms/whatsaap;

019-340 7583 Rozita

Kelas shimmering flora bersama saya.

Kelas 3D bersama Cikgu Encik Aziz.

Sunday, January 25, 2015

Kelas Shimmering Flora bulan Februari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Kelas Shimmering Flora akan pada:

Tarikh: 7/2 atau 28/2 Sabtu 
(pilih satu tarikh sahaja)
Tempat: Seksyen 6 Shah Alam
Bayaran: rm200
Deposit: rm100 

Sila sms/pm/WhatsApp: 019-340 7583 Rozita untuk tempahan tempat
**sila skroll dan baca syarat bayaran di bawah

**Kelas Asas pada 31/1 masih ada kekosongan. Bayaran hanya rm100 sahaja..sangat murah! Daftar segera ye kerana tempat terhad untuk 6 orang sahaja


Saturday, January 24, 2015

Maaf..handphone saya rosak

Assalamualaikum wm..

Saya ingin memohon berbanyak maaf diatas segala kesulitan sesiapa sahaja yang telah berkali2 mencuba menghubungi saya tetapi gagal. Handphone saya rosak teruk! Kepada yang telah mendaftar untuk kelas 25/1/2015 Ahad (hari ini) kelas berjalan seperti biasa. Kepada yang telah mendaftar dan belum diberi alamat kelas, boleh hubungi 0193669307 (call atau sms sahaja sb bukan smartphone :) )

Sekian, sekali lagi saya mohon maaf

Thursday, January 1, 2015

KELAS MANIK ASAS DI SUNGAI SIPUT, PERAK

Assalamualaikum wm dan salam sejahtera semua..

Salam Tahun Baru 2015.. semoga tahun baru ini membawa lebih rahmat dan berkat serta suksess dalam kerjaya anda samada sepenuh masa mahupun separuh masa ye.. Azam saya?

Mahu lebih sukses dan komited dalam kerjaya saya sebagai..:
*HAMBA ALLAH
*ISTERI, IBU, ANAK, KAKAK, ADIK, SAHABAT, PENIAGA,TUKANG JAHIT MANIK..
*KERJAYA 
(Cikgu Manik, tukang jahit manik, peniaga online FLAIRE SKIRT & BABY HEADBAND:) )

3 itu sahaja yang akan menjadikan saya sangat sibuk tahun 2015 ini..InsyaAllah..Untuk anda juga saya hanya mendoakan yang terbaik.. Bersama kita mengejar dunia untuk kesinambungan akhirat ok...:)

ORITE..

Buat pengunjung blog yang berda di sekitar Perak..saya akan mengadakan kelas jahitan Manik Asas di Sg Siput (rumah sahabat saya). kenapa Kelas Manik Asas sahaja...? Sabor...... kite belajor satu2 dulu ye.. Mula2 belajor basic pastu ada sambutan kite belajor yang lain pulak... kalau nak belajor semua dalam satu masa..penin nanti Yong! Chor pon penin...:)



Ha..tu dia gambornye..

Tarikh : 24/1/2015 Sabtu
Masa: 10.00 pagi - 6 petang
Tempat : Sg Siput 
(alamat akan diberi selepas pendaftaran dibuat)
Yuran: RM150 je.. (termasuk makan & minum)
Morah tau..harga biasa kalau saya diluar daerah RM190
Deposit: RM50
(deposit ke Maybank 162106833150 atau CIMB 12050010566201 ROZITA ZAIBIDI)

Sila skroll syarat pembayaran/pendaftaran di bawah ye..

MORAH NI YONG...! KABOR KE YOP/CHOR..RUGI KALAU LEPEHKAN PELUANG KEEMASAN NI.. :)


Nak tanya pape..boleh wsaap/pm/sms teman yek..

019-340 7583 Rozita Zaibidi