Wednesday, September 29, 2010

Kembali...

Setelah sekian lama merasakan kejauhan dari blogku ini, hari ini terasa bagai dekat dihati lantaran tempahan sudah mulai singgah kembali... Terima kasih kepada kalian yang masih meminati & setia menanti walaupun saya amat sedar diri tidak banyak update disini...Syukur Alhamdulillah kerana kalian masih menghargai hasil tanganku ini...
Harap sabar menanti hasilnya nanti...

Salam sayang,
RozaBeads


**Kelas Shimmering Flora pd 10/10/10 di Shah Alam. Sila scroll dibawah ye. TQ...

Tuesday, September 21, 2010

Kelas SF Vol 6 10/10/10 Ahad

Salam...

Salam Aidilfitri sekali lagi. Kita masih di dalam mood raya walaupun Aidilfitri semakin tiba di penghujungnya... Entah sampai entahkan tidak usia kita di Aidilfitri tahun depan ye...? Wallahua'lam...

Tatkala sibuk memenuhi undangan rumah terbuka saudara mara & sahabat handai, telefon genggam ini tidak henti-henti menerima SMS pertanyaan bila kelas seterusnya akan bermula. Maaf kerana tidak membalas hatta niat dihati ingin terus saja mengwar-warkannya di laman ini...Maaf ye.

Kepada kalian yang ternanti-nanti kelas Shimmering Flora, berikut adalah butirannya. Apa tunggu lagi...? Daftarlah segera ye!

juntai1

Modul :

1) Peserta akan diajar cara menyusun teknik-teknik jahitan sehingga menjadi Shimmering Flora yang cantik.

2) Pelbagai tips


Tarikh :10/10/2010 Ahad

Pelajar : 10 orang sahaja

Tempat :

CHOSEN ONE MANAGEMENT
(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8)
24B, JALAN LIKU B 8/B,
SEKSYEN 8,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Masa : 10.30 pagi - 6.00 petang

Bayaran : RM180

Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari

3) Peralatan jahitan (kain A4 size, manik, labuci, jarum, benang) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Cara-cara pendaftaran/pembayaran,terma & syarat:

1) Sila email/sms butir peribadi anda : Nama Penuh, IC, Alamat, Email & No. Telefon kepada rozabeads@yahoo.com/sms ke : 019~340 7583

2) Yuran pendaftaran sebanyak RM100 hendaklah dimasukkan ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI.

3) Maklumkan kepada saya butiran pembayaran yang telah dibuat.

4) Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat hadir sebaliknya peserta bertanggungjawab mencari pengganti.

5) Penyertaan & tempahan tempat dikira BATAL sekiranya peserta gagal membuat bayaran pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

***3 ORANG PESERTA TERAWAL MENDAFTAR & TELAH MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARN AKAN MENDAPAT CENDERAHATI ISTIMEWA***

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.

Thursday, September 16, 2010

Maaf Zahir & Batin


Salam Aidil Fitri...

Maaf kerana sekian lama menyepi diri. Bukan kerana tempahan yang menimbun sebab tahun ni tak ambil tempahan pun, sekadar menghabiskan sisa-sisa yang masih berbaki...itupun mengundang amarah si penempah kerana terlalu lewat siapnya dari tarikh yang dijanjikan. Maafkan saya... Menjauhkan diri seketika dari blog ini juga kerana memenuhi tuntutan masa dan pengorbanan buat suami tersayang yang meminta sedikit pertolongan dalam mengusahakan jualan Karamel dan Choclate Moist di beberapa bazar Ramadhan sekitar Shah Alam. Niat dihati ingin mencari rezeki yang lebih buat kami dan anak-anak namun 'KITA MERANCANG ALLAH MERANCANG, ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG'. Kami redha dengan ketentuan Ilahi dengan rezeki yang diberi walau tidak tercapai segala perancangan... Kesedihan melanda jiwa namun senyum tawa anak-anak mengubat segala gundah gelana... Terima kasih anak-anakku...kerana kalian Ibu dan Ayah masih boleh tersenyum di Aidil Fitri ini.

Ingin dirakamkan jua ucapan terima kasih tak terhingga buat adik-adik yang terlalu banyak membantu dari segi tenaga, tiupan semangat dan sebagainya...tanpa kalian...Ijam dan Adek...pasti tak habis Karamel dan Choclate Moist kita! Memang hebat semangat juang adinda-adindaku ini... Bayangkan, sebaik habis sahaja jualan di Bazar, pulang sebentar dan keluar semula hingga lewat pagi di Jalan TAR untuk menghabiskan jualan berbaki...dan paling terkesan dihati, malam raya di Jalan TAR lagi! Aduhai...hanya Tuhan yang mampu membalas segala jasa kalian!

Sekadar ingin berkongsi rasa; malam raya di Jalan TAR sangat-sangat luarbiasa! Entah dari mana datangnya lautan manusia, mencari kelengkapan disaat-sat akhir dan malam itu juga kita akan lihat peniaga-peniaga berjuang habis-habisan asal tiada lagi barang tertunggak yang perlu dibawa pulang! Peniaga tak berlesen (termasuk adinda2ku...hehehe...) beratur di sepanjang Jalan TAR, bagaikan pesta riuh rendah dikiri kanan jalan...teruja melihat jualan dan duit bertukar tangan hanya dari dalam kenderaan saja! Hebatnya kita (Melayu) beraya ye!!! Tiada kaum lain yang boleh menandingi kehebatan kita dari segi ini... Kita adalah Melayu yang kaya dan mengayakan kaum lain. Betul tak? Takkan hidup kedai2 kaum lain tanpa adanya kita! Namun...kita jua sering menjadi mangsa oleh mereka...Huh...emosi sekali bila Melayu kita diperkatakan. Biarlah, biarlah semangat juang ini berasap didalam, hanya kita yang tahu, hanya kita yang faham...Saya pasti anda jua merasai rasa yang sama... Ok, akhir kalam Salam Aidilfitri MAAF ZAHIR & BATIN.



Nota:

Kelas Asas dan Shimmering Flora akan diadakan mulai Oktober ini. Saya akan update tarikhnya nanti... TQ!

**Maaf, tiada gambar hasil jahitan raya tahun ni gara2 kamera yang mogok saat2 akhir. Aduusss besarnya dugaan...