Monday, March 29, 2010

Kelas 28/3/2010

Salam...

Alhamdulillah, kelas Ahad 28/3/2010 berjalan dengan jayanya. Kelas tamat agak lewat dari biasa iaitu 6.30 petang namun kesemua teknik dapat di zahirkan oleh ketiga-tiga pelajar ; Edzlin, Siti Fairus & Zarina... Walaupun Zarina yang dah ada kedai jahit sendiri tapi '0 knowledge' tentang jahitan manik ni, Edzlin pulak 'specialist' Manik Tabur (rasa cam nak tempah 1 untuk raya, boleh....? hihihi...), Fairus baru berjinak-jinak tapi hasil kerja tangan mereka memang kemas & cantik. Kesilapan tetap ada tapi sangat 'minor'. Tamat kelas je semua bersemangat nak buat SF kat baju sendiri....Alhamdulillah....semoga segalanya menjadi kenyataan... Cepat-cepat buat SF tu sebelum semangat tu hilang ye! Apapun, kehadiran kalian bila-bila masa pada hari kelas saya sangat-sangat dialukan...datang le, InsyaAllah saya akan bantu selagi boleh ye...

Maaf kerana kali ini tiada gamba kelas sebab Mak Buyung (sape agak2nye eh...?)yang selalu bawa kamera SLR nye tu...tak teringat nk bawak...hihihi...

No comments: