Friday, April 23, 2010

Alahai...batal le pulak...

Salam...

Chop!Chop! Jangan terkejut lak eh! Bukan kelas Crumble yang batal tapi kelas saya hari Sabtu 24/4/2010. Kepada pelajar yang telah mengesahkan kehadiran & telah membayar pra pendaftaran, jutaan kemaafan sekali lagi dari saya selepas pemberitahuan melalui sms kepada kalian kemarin. Kesulitan ini amat tidak dijangka & saya harap ianya tidak akan berulang lagi, InsyaAllah.

Tarikh baru untuk menggantikan kelas tersebut adalah seperti berikut:


Sabtu 15/5/2010


Tempat & masa adalah sama.

PEMBERITAHUAN:

Pendaftaran untuk Kelas Crumble pada 1/5/2010 hari Sabtu masih dibuka. Ramai yang berminat tetapi memandangkan hari tersebut adalah cuti umum ramai pula yang dah buat plan nak g bercuti & sebagainya namun disebabkan hanya ini sahaja tarikh yang sesuai buat Zai Butterfly (selaku Tenaga Pengajar), kelas perlu diteruskan. Jadi kepada sesiapa yang berminat & tiada rancangan ke mana-mana pada hari tersebut boleh lah membuat pendaftaran segera ya kerana kelas Crumble seterusnya belum pasti lagi bila. Semuanya bergantung kepada kondisi Ibu & Bayi...(heh heh...mcm pakar sakit puan le pulak)

Nota : untuk mengetahui cara pendaftaran, sila scroll ke bawah ye...TQ!

No comments: