Sunday, May 23, 2010

Kelas Asas Vol 1

Salam...
Alhamdulillah, kelas asas pada 22hb. Mei@ Sabtu nan lalu berjaya direalisasikan dengan kehadiran Kak Wan, Kak Lela, Kak Zarina, Ayu & Mai. Teruja melihat hasil kerja tangan mereka, biarpun '0' knowledge tetapi mereka cepat faham sehingga hasilnya begitu cantik & kemas...Cayalah! Apa yang lebih membanggakan, tujuan mereka mengikuti kelas ini hanya semata-mata ingin mengaplikasikan manik di baju sendiri dan selebihnya sekadar ingin memenuhi waktu senggang...

Memandangkan kelas berlangsung 1/2 hari sahaja, pelajar nampak agak relaks. Ini berbeza andai kelas berlangsung sehari penuh; pelajar agak 'keletihan' menjelang petang... Rasanya, saya perlu mengekalkan pendekatan ini namun andai ada pelajar yang datang dari jauh saya akan pertimbangkan untuk mengadakan kelas penuh (asas & shimmering flora).

ok, kelas seterusnya adalah kelas Shimmering Flora...
Perhatian:
Mulai 15/5 saya tidak lagi mengadakan kelas sehari sebaliknya kelas akan dibahagi 2 iaitu 1 minggu kelas asas & 1 minggu kelas sf secara bergilir-gilir. Kelas akan datang adalah Kelas Asas lebih 10 jenis teknik. Harap maklum. Terima kasih.


Kelas27022010Modul


NOTA PENTING ;

1) Mengetahui teknik asas sangat penting untuk kita lebih mahir & boleh mengaplikasikan apa saja corak sulaman yang diingini. Dengan adanya pengetahuan teknik asas, kita tidaklah bergantung pada satu atau dua corak sahaja walaupun corak tersebut merupakan pilihan terkini. Corak sulaman manik akan berubah dari masa ke semasa tetapi dengan adanya teknik asas kita tidak perlu bimbang untuk mencuba sesuatu yang lebih baru & mencabar.

2) Sesiapa saja boleh jahit SF tapi cantik, kemas & jadi tak? Kelas ini akan berkongsi teknik untuk mendapatkan kesemua faktor diatas

Tarikh : 29/05/2010 Sabtu

Tempat :
CHOSEN ONE MANAGEMENT
(atas Restoran Darul Ehsan Seksyen 8)
24B, JALAN LIKU B 8/B,
SEKSYEN 8,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN


Pelajar : 6 orang sahaja

Modul 2) : Teknik Asas sahaja (lebih dari 10 teknik)
Masa : 9.30 pagi~2.30 petang
Bayaran : RM150

Modul 3) : Teknik Shimmering Flora sahaja(cara mendapatkan sf yang lebih tersusun, kemas & cantik)
Masa : 9.30 pagi~2.30 petang
Bayaran : RM150



Bayaran termasuk :

1) Sijil

2) Makan tengahari & minum petang disediakan

3) Peralatan jahitan (kain A4 size, manik, labuci, jarum, benang) disediakan. Anda hanya perlu membawa buku nota & pen sahaja

4) Hasil kerja dan peralatan jahitan akan menjadi milik pelajar sepenuhnya

Kepada yang berminat, anda boleh memilih modul 1/2/3 & yang paling penting ianya mengikut keperluan dan kelapangan masa serta bajet anda... :)

Cara-cara pendaftaran/pembayaran :

1) Sila email/sms butir peribadi anda : Nama Penuh, IC,Alamat, Email & No. Telefon kepada rozabeads@yahoo.com/sms ke : 019~340 7583

2) Yuran pendaftaran sebanyak RM100 hendaklah dimasukkan ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat melebihi 7 hari selepas pengesahan kehadiran.

3) Maklumkan kepada saya butiran pembayaran yang telah dibuat.

4) Sila maklumkan 14 hari lebih awal sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan & nama paserta akan dimasukkan untuk tarikh kursus seterusnya.

5) Baki bayaran hendaklah dijelaskan pada hari kelas tersebut.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

Rozita,
sms: 019~340 7583
email: rozabeads@yahoo.

No comments: