Thursday, July 15, 2010

Kelas Crumble Vol 5 18/7@Ahad di Shah Alam

Salam...

Maaf andai entry ini terlewat...

Ada permintaan untuk kelas Crumble Ahad 18/7/2010 ini... Niat dihati nak merehatkan diri selepas kelas Sabtu 17/7/2010 di Bangi namun memandangkan hanya tinggal 1,2 kelas sahaja lagi sebelum bercuti panjang sempena Ramadhan & Syawal, permintaan ini perlu saya penuhi. Yang pasti, hati ini akan berbunga bangga andai studen dapat menggayakan busana raya dihiasi manik air tangan sendiri hasil dari ilmu yang dicurahkan...

Nama-nama yang pasti hadir :

1) Elsa Kee
2) Intan
3) Kak Aishah
4) Kak Rodzita

crumblesa2
semua ni mesti ada untuk...

crumblesa
menghasilkan ini...

2 comments:

Myelsakee said...

mana gambarnya ni??? penat aku posing tau

Unknown said...

jap....!