Thursday, September 16, 2010

Maaf Zahir & Batin


Salam Aidil Fitri...

Maaf kerana sekian lama menyepi diri. Bukan kerana tempahan yang menimbun sebab tahun ni tak ambil tempahan pun, sekadar menghabiskan sisa-sisa yang masih berbaki...itupun mengundang amarah si penempah kerana terlalu lewat siapnya dari tarikh yang dijanjikan. Maafkan saya... Menjauhkan diri seketika dari blog ini juga kerana memenuhi tuntutan masa dan pengorbanan buat suami tersayang yang meminta sedikit pertolongan dalam mengusahakan jualan Karamel dan Choclate Moist di beberapa bazar Ramadhan sekitar Shah Alam. Niat dihati ingin mencari rezeki yang lebih buat kami dan anak-anak namun 'KITA MERANCANG ALLAH MERANCANG, ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG'. Kami redha dengan ketentuan Ilahi dengan rezeki yang diberi walau tidak tercapai segala perancangan... Kesedihan melanda jiwa namun senyum tawa anak-anak mengubat segala gundah gelana... Terima kasih anak-anakku...kerana kalian Ibu dan Ayah masih boleh tersenyum di Aidil Fitri ini.

Ingin dirakamkan jua ucapan terima kasih tak terhingga buat adik-adik yang terlalu banyak membantu dari segi tenaga, tiupan semangat dan sebagainya...tanpa kalian...Ijam dan Adek...pasti tak habis Karamel dan Choclate Moist kita! Memang hebat semangat juang adinda-adindaku ini... Bayangkan, sebaik habis sahaja jualan di Bazar, pulang sebentar dan keluar semula hingga lewat pagi di Jalan TAR untuk menghabiskan jualan berbaki...dan paling terkesan dihati, malam raya di Jalan TAR lagi! Aduhai...hanya Tuhan yang mampu membalas segala jasa kalian!

Sekadar ingin berkongsi rasa; malam raya di Jalan TAR sangat-sangat luarbiasa! Entah dari mana datangnya lautan manusia, mencari kelengkapan disaat-sat akhir dan malam itu juga kita akan lihat peniaga-peniaga berjuang habis-habisan asal tiada lagi barang tertunggak yang perlu dibawa pulang! Peniaga tak berlesen (termasuk adinda2ku...hehehe...) beratur di sepanjang Jalan TAR, bagaikan pesta riuh rendah dikiri kanan jalan...teruja melihat jualan dan duit bertukar tangan hanya dari dalam kenderaan saja! Hebatnya kita (Melayu) beraya ye!!! Tiada kaum lain yang boleh menandingi kehebatan kita dari segi ini... Kita adalah Melayu yang kaya dan mengayakan kaum lain. Betul tak? Takkan hidup kedai2 kaum lain tanpa adanya kita! Namun...kita jua sering menjadi mangsa oleh mereka...Huh...emosi sekali bila Melayu kita diperkatakan. Biarlah, biarlah semangat juang ini berasap didalam, hanya kita yang tahu, hanya kita yang faham...Saya pasti anda jua merasai rasa yang sama... Ok, akhir kalam Salam Aidilfitri MAAF ZAHIR & BATIN.



Nota:

Kelas Asas dan Shimmering Flora akan diadakan mulai Oktober ini. Saya akan update tarikhnya nanti... TQ!

**Maaf, tiada gambar hasil jahitan raya tahun ni gara2 kamera yang mogok saat2 akhir. Aduusss besarnya dugaan...

No comments: