Tuesday, October 4, 2016

My Ribbon Embroidery

Saya memang minat menyulam reben. Kerana itu saya sanggup menghadiri kelas dan mempelajari teknik yang betul mereben dan mempelajari sedikit ilmu mewarna reben. Jika diberi kesempatan pasti saya akan mengorak langkah lebih jauh lagi..belajar mewarna dengan lebih teliti dengan sifu Norehan Kasim dan Suzana Mustafa. Arghhhhh....bilakah masanya akan tiba....? Wallahualam. Apa yang pasti memang banyak cabang seni yang ingin saya terokai...melukis..mencanting dan mewarna batik...heheheee bukan tamak tapi jiwa saya di situ barangkali. Mungkin bukan semua yang saya pelajari itu boleh mendatangkan sumber pendapatan tetapi satu kepuasan dan mungkin juga ianya boleh diwariskan kepada anak cucu kan..kerana saya tiada harta yang boleh ditinggalkan buat mereka..hanya ilmu yang Allah pinjamkan...










No comments: