Monday, March 1, 2010

Kelas 27/02/2010

Modul yang saya ajar...

Kelas27022010Modul

Pelajar-pelajar kebanggaan saya...
Kelas27022010Zura
Zura; Pensyarah Kolej Komuniti kat Langkawi. Sangat berhati-hati semasa menjahit, nak tarik benang pun takut tapi akhirnya dari '0', dia dh confident nak ajar anak muridnya pulak...hihihi...Tahniah Zura! (sry...tak sempat nak amik gamba hasil keje tgnnye sbb rushing nk naik flight)

Kelas27022010Lela
Kak Lela; yang minat sangat dengan jahitan manik & tak sabar-sabar nak datang kelas; pandai bermain dengan warna manik; memang ada potensi nak jadi beader cemerlang nie...:)

Kelas27022010kaknor
Kak Nor; sms kat saya kata '0' knowledge tentang jahit manik nie tapi minat sangat sampaikan dah ada tool & koleksi manik..hihihi... Namun begitu dia lah yang paling cepat tangkap apa yang saya ajar & cepat siap. Pastu boleh bagi kain yang dah siap tu untuk Zura & kak Lela buat contoh lagi...kahkahkah...! Memang happening kelas jadinye dengan kak Nor nie! Tq dear...

I'm proud of u...U've rock my class!!!
Kelas27022010Thumb

Wednesday, February 10, 2010

Kelas Sulaman Manik Di Shah Alam Sessi Februari RM200 sahaja!

Tarikh/Hari:
27/2/2010@Sabtu

Masa:
8.30 pagi ~ 5.30 petang

Tempat:
Dewan Angsana MBSA
Seksyen 8, Shah Alam, Selangor

Modul:
20 teknik jahitan manik termasuk Shimmering Flora

Peserta:
Terhad kepada 10 orang sahaja

Bayaran:
RM200 termasuk;
~ bahan-bahan jahitan
~ nota
~ Sijil
~ makan & minum

Maklumat lanjut:
**Sila baca Label: Pengisian kursus/syarat & cara pendaftaran di sebelah kanan. TQ...

Monday, February 8, 2010

Aku masih disini..

Salam...

Huhuhu...lamanye tak update... Bukan merajuk, bukan ape...cuma tengah sibuk dengan WIP! Dh lama tak menjait nie...otak pun boleh jadi blur kan... Tp mcm dah nak siap jer nie, tunggu je le yer...

Salam!

Wednesday, January 6, 2010

Kelas Sulaman Manik & Labuci

PENGISIAN KURSUS:
-----------------

1) Peserta akan diajar:

a) 20~23 teknik asas & bunga (lanjutan) sehingga menjadi 'Shimmering Flora'& pendedahan kepada lain-lain 'design'

b) cara/teknik untuk menghasilkan SF yang tersusun, kemas & cantik

c) Cara memasang kain gam pada leher & tangan

3) Khidmat nasihat/cara pemilihan warna manik yang bersesuaian dengan baju

4) Peralatan Jahitan disediakan.

5) Minum pagi & petang, makan tengahari disediakan

6) Hadiah istimewa untuk pelajar bertuah!

Peserta hanya perlu membawa :

1) Pen & buku nota utk catitan tambahan

Syarat-syarat penyertaan:
---------------------------

1) WANITA SAHAJA!

2) Sesiapa sahaja yang meminati seni sulaman manik & labuci samada yang berpengalaman menjahit manik/tidak

3) Sesiapa sahaja yang amat meminati teknik jahitan 'Shimmering Flora'

4) Sesiapa sahaja terutama surirumah yang ingin mencari pendapatan sampingan yang lumayan :)

5) Sesiapa sahaja yang selama ini teringin sangat memiliki baju sendiri yang dipenuhi jahitan manik tetapi merasa tidak mampu membayar upah yang mahal

Cara-cara pendaftaran :
-------------------------

1) Sila email butir peribadi anda seperti nama penuh, ic, alamat, email & no. telefon kepada roz_eta73@yahoo.com

2) Yuran pendaftaran sebanyak RM100 hendaklah dimasukkan ke Akaun Maybank 114105235603 ROZITA BT. ZAIBIDI. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat melebihi 7 hari selepas pengesahan kehadiran.

3) Maklumkan kepada saya butiran pembayaran yang telah dibuat.

4) Sila maklumkan 14 hari lebih awal sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan & nama paserta akan dimasukkan untuk tarikh kursus seterusnya.

5) Baki bayaran hendaklah dijelaskan pada hari kelas tersebut.

6) Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi:

- Puan Rozita 019~340 7583@email: rozabeads@yahoo.com
- Puan Rohana 019~654 9007@087426249 (Sabah)

Monday, December 21, 2009

Salam...

Sekadar melepas rindu...

SFturqoise

Salam buat semua...Sihat...? Alhamdulillah...begitulah hendaknya yer. Saya ok, hari ni dah 27 hari berpantang. Baby pun ok cuma kuat nangis berbanding dengan anak-anak yang lain :). Oh ye...SF ni baju sendiri. Sepanjang mengandung memang takde mood langsung nak menjait/menerima tempahan manik..Tengok peti bekas manik pun nyampah! Hehehe..tp entah kenape bulan terakhir lebih kurang lagi 2 minggu nak bersalin, teringin sangat lak nak menjait, naik terliur lak nampak peti manik tu...macam nampak PIZZA la lebih kurang...heheh.. Hemh..mcm2 perangai mak buyung eh... So, sempat le menjait dan akhirnye siap gak la baju nie (baju lama jer). Ok, lepas pantang ni tak tau lagi boleh menjait ke tak sbb baby baru ni lain macam lak perangainyer. Tapi InsyaAllah, kalau suma ok...saya akan kembali dengan bahan baru yer...
Yang setia menanti & mengikuti..TQVM! Lebih-lebih lagi buat kengkawan Beaders...Tq eh!

Salam,
Rozita

Tuesday, October 20, 2009

Bingkisan Lama Buatmu Teman...

Buat teman-teman seperjuangan...
Memori ini ku abadikan buat kalian
yang sentiasa dihati
sentiasa diingatan
kusedari kelemahan diri
sering terkandas dek kesibukan hari
maafkan aku teman...
namun memori tetap dihati..
kalianlah penyeri
dikala hati berbisk layu
dikala kamar-kamar teman tertutup tak dipalu
kalian hadir memberi nur baru...
terasa bugar jiwa ini
diseri tawa riang, usik senda lewat petang itu...
Doakan ku titip buatmu yang masih kekal diarena ini
seni ini jiwamu, jiwaku
doakan jua buatku agar dikurnia Ilahi kekuatan
untuk meredah perjuangan
di daerah kalut, daerah kabut
gentar tak terkata
gundah tak terusai
bagai baru kali pertama disini
36 minggu telah kulalui...
semakin tiba saat dinanti semakin debar
melodi jiwa...
Doakan temanmu ini
InsyaAllah Ilahi mahu kita
ketemu lagi....
Aamiin...

Salam Sayang...
Rozita :)
20/10/2009


DI SUATU PETANG YANG INDAH...BERSAMA WAJAH-WAJAH INDAH INI...

menara kl dalilah nw
menara kl
menara kl izan nw1
menara kl izan nw
menara kl izan edit2 nw
mengabadikan kenangan tatkala bersua...
menara kl 2
menara kl 9
senyum bagai bercerita...
menara kl 13
riangnya jiwa bagai lama tak jumpa
menara kl 10
bagai melodi mengulit rasa...
menara kl 8 nw
ada jua yang rasa teruja
terlihat sesuatu didepan mata
mulut menyebut hati berkata
rj tepegun copy
amboooi...cantiknye manik Pepari punye....
rj thumb
namun tiba-tiba mata terpaku seketika
melihat sang Arjuna siapa diulit mimpi
dimana Permaisurinya...? dimana...?
owh! sedih sungguh rasa dihati
melihat sang Arjuna ditinggal sepi
dek Permaisuri nan leka mengabadi
namun apakan daya
Arjuna jua yang menawar diri
akhirnya tewas dimata sendiri
bertuahlah wahai Permaisuri
dikurnia Ilahi Arjuna sejati
sanggup menemani kemana pergi...
menara kl7
masa memang mencemburui kami
kami pasrah ketentuan Ilahi
tengok anak bulan ke
tiba masa kami pergi
namun dimana jua kaki berdiri
didalam lif pun boleh amik gamba lagi...
lihatlah betapa berseninya kami ini...
hihihi...
lif
owh! disini rupanya si Permaisuri
patutlah cepat menghilang diri
ada agenda tersusun rapi
inilah contoh muslimah sejati
dimana jua mencari rezeki
menara kl zai jual manik 1
banyak untung nampaknya hari ni....
menara kl zai jual manik
Sekian dulu coretan diri
maaf dipinta harap diberi
rindu pada kalian selamanya dihati...

Salam sayang lagi sekali,
Rozita
20/10/2009

Sunday, September 6, 2009

Special Request....

sfz

Jangan jeles atau terasa ape2 yer, mmg tahun ni tak amik tempahan... Ini cuma memenuhi permintaan seseorang & sekadar ingin membantu kerana tempahan yang diterima otai beaders ni sampai tak cukup tangan... So, just enjoy d picture yar...!