Friday, October 1, 2010

Harga Baru & Kekhilafanku...

Salam...

Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf diatas kesilapan kerana tidak menyatakan harga terbaru untuk kelas Shimmering Flora & Kelas Asas. Harga berikut adalah berkuatkuasa mulai 1/10/2010.

Kelas Asas : RM150

Kelas Shimmering Flora : RM180

Kelas Crumble : RM180

Kelas Sehari Asas & Shimmering Flora : RM280



Jika ada yang merasakan 'mahalnye...!', pertimbangkanlah ;


1) masa yang diambil untuk mengajar iaitu lebih kurang 8 jam bersamaan dengan masa kelas sehari

2) adalah mustahil untuk pelajar yang tiada langsung pengetahuan menjahit manik untuk menghadiri Kelas Sehari Asas & Shimmering Flora jadi kelas berasingan adalah satu alternatif untuk anda memberi tumpuan yang lebih & mendapat tunjuk ajar 'one to one' jadi anda membayar untuk masa yang berkualiti

3) makan & minum disediakan

4) sijil disediakan

5) cabutan bertuah


NOTA:

1) Kepada pelajar yang telah mendaftar & membuat pembayaran sebelum kenyataan ini dikeluarkan, tidak perlu membuat bayaran tambahan.

2) Diskaun 10% untuk bekas pelajar RozaBeads.


Sekali lagi saya MOHON MAAF...

Yang benar,
RozaBeads

1 comment:

Awien Khalid said...

salam.apa beza kelas asas & kelas sehari asas?